Rabu, 20 Julai 2011

Catatan Hawa



Adamku,

Dirimu sebenarnya imam manakala aku sebagai makmum.

Pabila dirimu di angkat sebagai ketua, aku pengikutmu.

Jika apa yang kau katakan itu benar, maka benarlah bagiku.

Jika kau lalai,maka aku jua akan turut terlalai.


Wahai Adam,

Dirimu punya kelebihan akal.

Sedangkan aku kelebihan nafsu..

Dirimu memiliki sembilan akal dan satu nafsu,

Sementara aku mempunyai satu akal dan sembilan nafsu,

Oleh itu, pimpinlah tanganku Adam..

Kerana aku sering lalai dan lupa,

Sering tergelincir di tolak hawa nafsu..


Adamku,

Aku suka andai kau mengimami solat ku setiap waktu.

Akan ku Aminkan doa mu, semoga pintu syurga terbuka luas buat kita,

Bangunkanlah aku untuk bertahajjud bersama mu sepertiga malam,

Agar doa kita diberkati Ya Rabbi,

Dekatkanlah aku dengan Majlis-majlis ilmu agama,

Bimbinglah aku dengan amar ma'ruf dan nahi mungkar.


Adamku,

Diri ini ingin menjadi isteri yang solehah,

Maka didiklah aku supaya menjadi permata yang berharga,

Selimutkanlah aku dengan iman dan taqwa bekalan ke jalanNya.

Ingatkanlah aku agar sentiasa hormat dan taat kepada Allah, RasulNya, ibu bapa dan Dirimu,

Tolonglah aku Adam,

Agar aku tidak beku,

Selamatkanlah aku daripada seksa api neraka,

Sungguh aku tidak tegar menanggungnya.


Wahai Adam..

Pimpinlah aku bersama dalam menuju JannahNya,

Tarbiahlah aku agar menjadi serikandi solehah.

Bantulah aku menyemai sifat mahmudah,

Semoga kelak aku mampu menjadi secerdik Aisyah Humairah Rasulullah,

Kasihku mekar atas cinta yang bertasbih di atas jalan yang di redhaiNya..

Setulus jiwa Siti Khadijah yang sering mendampingi Rasulullah tatkala suka mahupun duka,

Memiliki sifat Zuhud dan patuh seperti serikandi Rabiatul Adawiyah,

Seteguh jihad dan iman mujahidah Sumayyah mempertahankan keislamannya,

Seikhlas dan berjiwa murni laksana Halimatus sa'adiah..

Aku ingin Segagah Nailah al-farafishah,

Senantiasa di sisi suaminya khalifah Uthman,

Melindungi suami meskipun jari dan tangan bermandi darah....


P/S
Seindah hiasan adalah Wanita soleheh..berbahagialah bagi mereka yang mengecapi cintanya berlandaskan syariat islam. Moga aku juga bakal menjadi hiasan terindah dalam hidupnya kelak.. ^_^

1 ulasan: