Rabu, 28 Disember 2011

Coret-Coret

Assalamu'alaikum..

Lama tak update blog.. Masih adakah pembaca yang ingin membaca blog Miftahul ni?? Sunyi terasa tatkala ini..terdetik pula untuk mengisi masa yang ada dengan coretan sekadar luahan seorang insan yang bernama "akhwat".. 
Senja mula melabuhkan tirainya. Indah sungguh aturan ciptaan-Nya, betapa seri warna senja itu mengusik jiwa dan menggamit kalbu. Aku cuba untuk mewarnai kanvas hati ini dengan biasan warna-warna senja itu. Namun, aku tak mampu! Wajah tampak keruh bagai menyimpan seribu satu persoalan yang tiada jawapan. Aku mendongak ke kaki langit, menafsir bicara hati. Mengharapkan secebis memori yang indah bagi mengubat kesedihan yang di alami.. Jiwa membungkam, merobek segala-gala kedamaian di hati. Fikiran terumbang ambing ibarat kapal tanpa nakhoda.
Ketika itulah mudahnya air mata ini jatuh. Lemahnya aku!.  Setiap detik seakan  menjerat diri sendiri. Lara di rasai seakan mengerti bak senja yang bakal menutupi tirai cahaya. Menanti sang malam bakal bertandang.

Kadang-kadang,
Bila ujian tidak menjengah,
Kita lupa untuk memohon..~
Kadang-kadang,
Bila kehidupan tidak diuji,
Kita lupa untuk meminta.
Lantaran itu,
Hati terasa kosong.
Bukan kerana ujian yang terasa berat,
Tapi jarak dan hubungan denganNYA yang tanpa sedar semakin jauh..~
Dalam senang,
Kita lupa,
Untuk terus meminta,
Semoga Allah lancarkan urusan kita,
Semoga Allah bantu kita lalui hari2 seterusnya.
Lupa diri..
Terasa diri mampu menjalani hari,
Tanpa perlu memohon padaNYA..~
Mungkin kerana itu,
Hati terasa kosong,
Walau hidup terasa senang,
Kerana sejujurnya,
Kita sudah semakin jauh dariNYA..~

Ya Allah, perbaikilah agamaku untukku yang mana ia merupakan penjaga perkaraku. Perbaikilah duniaku yang di dalamnya terdapat kehidupanku. Perbaikilah akhiratku untukku yang di dalamnya terdapat tempat kembaliku. Jadikanlah hidupku sebagai tambahan untukku dalam setiap kebaikan, serta jadikanlah matiku sebagai istirehat untukku dari segala keburukan.” (HR Muslim 4897)

[Imtihan bakal bertandang, doakan diri ini mampu dapat natijah imtihan yang lebih baik dari sebelum-sebelumnya]....Amin..

Jumaat, 2 Disember 2011

Mrs. Ustazah


Tok..Tokk.. bunyi pintu kedengaran di ketuk dari luar……
“Assalamu’alaikum”
Sopan saja “Khairunnisa Syuhadah” menuturkan kalimah itu..
“Wa’alaikumsalam”…jawabku..
Ismahli a’la hazal iz’aj??? (Maafkan saya kerana mengganggu)..
Tafadhal (Silakan)..La ba’sa alaik.. (Tidak mengapa)..Dha ka la Ya zaujati..(Masuk, isteriku)..
Haha,  aku tersenyum sendiri bila mengenangkan perbualan pertama kami tadi pagi. Terasa kekok bila semuanya perlu di kongsi bersama apatah lagi hidupku kini di temani  dengan insan bergelar “Isteri” di sisiku. Namaku Ashraf Muslim, statusku sebelum ni of course “Bujang” tapi semalam aku telah sah menjadi suami kepada “Khairunnnisa Syuhadah”. Dan aku juga tidak menyangka yang aku telah berkahwin dengan seorang ustazah. Bibit-bibit perkenalan kami pada mulanya telah di rancang oleh family tanpa pengetahuan kami. Bermula pabila Ummi dan ibu kepada Nisa telah bersepakat untuk mempertemukan dua hati ini di sebuah shopping mall tidak jauh dari rumah ku. Ummi nak berbesan dengan puan Laila “Ibu kepada nisa” dek kerana puan Laila adalah sahabat lama Ummi. Dan mereka telah mengenali hati budi masing-masing sejak di bangku sekolah lagi.
Huh bila ingat peristiwa tadi pagi, gelak sendiri pun ada juga. Mana tidaknya, tak pernah-pernah aku berspeaking arab tiba-tiba hari ni, isteriku bertutur bahasa Arab dengan ku. Nasib baik aku ada belajar sikit-sikit bahasa arab. Kalau tak, confirm jatuh martabat aku sebagai lelaki. Hehe, gelak jahat..Hurrmmm, tapi sampai bila pula aku perlu menipu dia. Berpura-pura tahu, hakikatnya aku jahil tentang agama. Tak apalah biarlah masa yang menentukan segala-galanya. Pelbagai persoalan menerpa fikiran ku ketika ini. Tak payah nak mengusutkan  fikiran..kan?kan?
Aku berpura-pura khusyuk menonton Televisyen. Yaa..yaa..yaa.. ceramah bersama Ustaz M. Nur Maulana di astro Siaran PELANGI. Topik yang di bincangkan berkaitan tentang “kewajipan suami isteri”.. diam-diam  Sebenarnya dari tadi aku mencuri pandang pada isteriku. Cantik juga zaujah ku ini. Kelihatan dia duduk di atas katil sambil melipat kain.
Rumah dan bilik kami, telah awal ku sediakan dengan perabot yang hampir lengkap. Memandangkan aku mendapat rezeki yang lebih sedikit sebelum kami berkahwin jadi aku belajar untuk menyimpan wang bagi persediaan rumah tangga kami. Hehe, nampak matang tak aku??
“Cantik “ satu patah perkataan yang terpacul keluar dari mulutku..terpesona dengan keindahan ciptaannya. Aku mengamati wajah isteriku.. tiba-tiba Nisa memandang ke arahku,
“Ada apa Abang??” tanya nisa kepadaku… mungkin dia terdengar aku sebut perkataan “Cantik” tadi...
“Takda apa pun”..Abang kata cantik kereta yang lalu depan rumah kita tadi..Abang terlihat di balik jendela nii..
Hehe, bertuahnya diri ini, patutlah ibu beriya-iya nak recommendkan dia pada ku setahun yang lalu.. getus hatiku.
Azan maghrib berkumandang dari masjid yang berdekatan. Nisa menoleh ke arah ku sambil menguntum senyuman. Senyuman manis mampu membuatkan aku cair  andai di pandang lama-lama.. Apakah aku telah jatuh cinta padanya? Jatuh cinta pada isteri sendiri? Monologku sendiri..
“Abang, maghrib dah nak masuk, kita jemaah ya?”. Isteriku menghampiri ku sambil duduk di hadapanku. Suasana senyap seketika.
Aku tersentak dengan ajakan yang isteriku tuturkan sebentar tadi.
“Solat berjemaah??”..
Aku mana pernah solat. Ada pun solat, itu pun masa zaman kanak-kanak dulu. Sejak sambung belajar di United kingdom, banyak yang aku telah lupa..tentang agama islam, adat-adat Melayu, budaya ketimuran. Semuanya terhakis sedikit demi sedikit. Aduhhh, Tertib solat pun tak reti. Apatah lagi nak menjadi Iman? Lawak antarabangsa betul!!! Argghhh, salah aku juga..kenapa selama ni aku tak pernah cuba untuk mendalami ilmu agama.
Mengimbau kembali kenangan aku suatu ketika dahulu, hidupku lebih kepada duniawi semata. Ajaran apa ntah aku ikut, yang aku tahu aku nak berseronok saja. Ala-ala hedonisme gitu. Mungkin kerana aku terbiasa  hidup mewah, hingga aku lupa pada fitrah kejadian. Kencing syaitan pun dah banyak kali ku teguk, tiba di Malaysia, perangai lama masih ada.. enjoy di clubbing, lepas subuh baru pulang rumah. Mengusung wanita ke sana sini. Girlfriend keliling pinggang.. tup..tup aku kahwin dengan Ustazah pula akhirnya. Duit syarikat Abah, dah banyak aku belanja..kenyang perut ohhhhh… Nak enjoy punya pasal, apa saja aku sanggup lakukan..
Surah Ali Im'ran ayat 135 :
Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri[229], mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain dari pada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui.
Mungkin sebab ni juga, Ibu nak aku berubah kemudian pertemukan dan kahwinkan  dengan Nisa..Tapi yang aku tak boleh tahan, Abah tarik kemudahan aku, kereta sport aku  pun Abah ambil..Iskkkk, pas tu hantar aku bertugas di syarikat cawangan abah di Alor Star, kedah.. mentang-mentanglah isteri aku orang kedah. Sah-sah la! Aku tak dapat nak enjoy macam dulu. Enjoy dengan laptop jelah pas ni.
Baru sehari duduk rumah, aku rasa macam nak gila saja. Kalau seminggu? Sebulan? Setahun? Bertahun-tahun? Huhh,
“Abanggg..abang dengar tak ni??” Nisa menyapaku..
Aku tersedar dari lamunan khayalanku..hah??hah??  tercengang-cengang..
Annisa ketawa melihat tingkah laku ku,
“Abang ni, nisa cakap dengan Abanglah tadi..abang tak dengar ke?” ------>  Ke Nisa cakap sorang-sorang tadi..
Ohhh, pasal solat berjemaah kan? Hmmm..abang solat di surau jelah Nisa..
“Uhukk, macam mana ayat tu boleh terpacul di mulutku”…hmm, surau di sini pun aku tak tahu letaknya di mana, ada hati nak solat ke surau konon. Aku nak lari dari menjadi imam sebenarnya. Hihi, Maafkan abang Nisa, abang masih belum bersedia menjadi imam dalam solat kita. Monologku sendiri.
“Nisa nak ikut ya, kejap…kejap..Nisa bersiap dulu”..Nisa kemudian berlalu tanpa menunggu respon dari aku….
Aku mula gelisah,
“Aduhhhh…Masalah besar!!…”
Aku duduk di sofa sementara menanti Nisa bersiap. Fikiran aku ligat memikirkan dekat mana surau berdekatan di sini…habislahhh aku kalau macam ni…
“Abanggg, Nisa dah siap ni”
Aku memandang isteriku yang lengkap dengan tudung labuh  bidang 60 dengan T-shirt Muslimah berserta seluar slack tapi tak ketat..Cantik!!..
“Abang…” sapa Nisa..Nisa perasan…sejak dari tadi Suaminya merenung lama ke arahnya..
Hah? Jawabku..
“Dah siap?” Soalku padanya..
Jom……. Ajakku..
Nisa mengangguk…
Kunci kereta di atas meja ku capai.
“Hmmm, kalau abang bawa kereta, Nisa tak kisah?? “ Tanyaku ragu-ragu..
“Nisa menguntum senyuman ke arahku”
Harta Nisa, harta Abang juga….ucap Nisa kepadaku..
Ketika dalam kereta, suasana kami hanya di iringi muzik radio.. “Ikim FM”..
Aku sejak dari tadi seperti cacing kepanasan. Duduk pun tak menentu. Tapi  Rasanya cacing bila kepanasan pun taklah macam aku..Hehe, Entah, Kenapalah orang  buat perumpamaan seperti ni..
Nisa yang sejak tadi hanya berdiam diri rupanya memerhati tingkah-laku pelik aku. Tiba-tiba meletup ketawa.. [meletup kecil jak]..hehehehe…
“Abangg, dari tadi Nisa tengok kita ni asyik lalu jalan yang sama saja??”..
Eh… iyakah???
Aku menepuk dahi..
MasyaAllah..hehehe, aku menayangkan sebaris gigiku.. walaupun tak putih sangat..
“Abangkan baru di sini, jadi abang tak tahu sangat selok belok jalan kedah ni”.. madahku sekadar back-up diri..huhhh!!
“Abang, surau tu belok kanan ni saja..” isteriku kini menjadi indicator tak bertauliah..
Aku sekadar mengangguk.. Diam sejenak , sebenarnya dalam hati ni malu..
“Alhamdulillah “ sampai juga kita akhirnya di surau Al-Hidayah..ucapku…
Aku masih tidak mematikan enjin kereta, tercari-cari akan sesuatu…
Nisa juga kelihatan masih setia duduk di sisi.
“Aduh, aku menepuk dahiku sekali lagi”..
Lupa nak bawa kopiah atau songkok..
Errrrrrr, Nisaa.. aku menyapa..
Nisa menoleh ke arahku..
“Ya Abang??”..jawab Nisa..
“Okey tak kalau abang macam ni? Abang tak kena halau ke nanti??hurrmmm,  Abang lupa bawa kopiah atau songkoklah.” Kataku jujur..
Nisa menguntum senyuman. Senyuman itu tak pernah lekang dari bibirnya. Kerana senyuman itu jualah yang menambat hatiku. Bak kata orang jatuh cinta pandang pertama ketika pertemuan pertama kami setahun yang lalu..
“Jangan risaulah abang, yang menilai kita adalah Allah bukannya manusia..Yang penting kita Ikhlas” jawabnya ringkas…
“Kalau niat kita kerana-Nya, insya-Allah….Allah akan menerima ibadah kita”…
Nisa lihat, pakaian abang ni pun dah Okey sebenarnya.. yang penting suci dari segala najis dan bersih..
Aku hanya diam.. sebelum ni aku, aku tak pernah berdiskusi tentang agama dengan orang lain..
“Jom…” ajak Nisa…
“Hmm,okey…” Enjin kereta aku matikan..
Ketika solat aku hanya mengikut gerak geri para jemaah. Bila mereka sujud, aku pun sujud. Bacaan dalam solat, aku tak reti.. yang aku tahu Cuma baca surah al-Fatihah. Tu pun sebab time di sekolah dulu, ustaz suruh aku hafal. Kalau tak, gerenti  kena rotan!..
*************************************************************************************
Malam itu aku sukar untuk melelapkan mata. Teringat ceramah Ustaz Maulana dalam TV bahawa “Solat itu tiang agama” kalau tak solat umpama meruntuhkan tiang agama... Bila mengimbau kembali slot ustaz tu, dia menyatakan “Solat itu umpama tiang, bacaan al-Quran itu umpama atap, zakat umpama tangga”.. dan bila kita tak miliki semua ni, umpamanya rumah yang kita bina itu sia-sia. Kalau tiada atap, samalah seperti reban ayam. Sedangkan reban ayam pun ada atap untuk berteduh dari hujan, panas. Tiada tiang pun susah juga, macam mana nak dirikan rumah kalau tak dirikan tiang..
Teringat diari yang ku temui di laci meja solek zaujahku. Dalam diam, aku curi-curi membaca diarinya. Maafkan abang ‘Sayang’..perasaan ingin tahu yang tinggi menyebabkan abang membaca diarimu tanpa izin. Aku terbuka satu lembaran dalam diarinya “Saya inginkan suami yang soleh ”. Ya Allah, begitu besar  nilai harta yang engkau berikan kepadaku, makbulkanlah doaku agar aku mampu menjadi hambamu yang sentiasa taat pada perintahMu, menjauhi laranganMu. Aku sedar ya Allah, diri ini jahil tentang agama. Namun janganlah engkau menutup pintu hidayahMu, berikanlah aku peluang agar aku mampu menjadi suami yang soleh sesuai dengan hasrat isteriku.
Surah Al-Baqarah: 5
Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang beruntung[19].
“Nisaa, maafkan abang kerana gagal menjadi suami yang sempurna seperti yang dirimu inginkan…” bicaraku sendiri..
Ketika aku sedang melayan perasaan, aku tak menyedari bahawa Nisa tercegat di depan pintu sejak tadi. Dalam diam, dia menghampiriku kemudian menutup mataku…
Cakkkk!
“Cuba teka, siapa ni”? Nisa, berseloroh padaku dengan membuat gimik suara lelaki..
Aku masih tercengang-cengang, apatah lagi pandanganku tiba-tiba gelap kerana kedua tapak tangan Nisa menutup pandangan mataku..
Tersenyum, bila mendapati pemilik tangan ini halus kulitnya. Pasti Nisa!  Aku buat-buat tidak mengerti..
Hurmm, awak ni “Haikal” ke?” Amir??” habis semua staff di tempat kerja ku aku sebut…
Kedengaran gelak tawa riang Nisa..
“Ohh, ni mesti Hj. Hassan..” sengaja ku tekankan nada nama itu…dengan dahi yang berkerut
Hehehe, salah! Hj. Hassan ada dekat Sungai Petani lah…kata Nisa..
Haaaa, tau dah! Ni mesti Anis? Sengaja aku memancing umpan kecemburuan isteriku.
Hurmm?? Anis mana ni? Abang ada wanita lain ke dalam hati abang? Kedengaran suara Nisa berubah.  Sempat aku menjentik tangannya..
Aduh, sakittt, rengek Nisa..aku tersenyum lantas mengalihkan tangan Nisa, memintanya supaya dia duduk di sebelahku .
“Nisa marah ya?” tanyaku..
Kelihatan wajah Nisa berubah menjadi suram.. cemburu juga rupanya isteriku ni. Getus hatiku..
“Abang gurau je la tadi, saja nak tengok respon isteri kesayangan Abang ni”…
Cemburu nampak?? Tanyaku..
“Isteri mana tak cemburu abang, kalau suaminya sebut nama perempuan lain di hadapan isteri”..
Aku tersenyum..sempat aku mencuit hidung isterinya..
“Sayang  abang ni comel la bila merajuk”.. hihihi “Tanjat Boboi (Terperanjat boboi) tiru ayat kumpulan sepah dalam rancangan realiti TV maharaja lawak..
Kelihatan Nisa ketawa mendengar kata-kataku sebentar tadi.. sambil menekan perutnya menahan ketawa. Dalam diam, aku mencuri pandangan melihat telatah isteriku ketawa. Manis orangnya!
Tak sangka, persepsi ku selama ini benar-benar meleset. Ingatkan dia stok yang pendiam. Almaklumlah stok tudung labuh,  Terkejut juga bila tiba-tiba saja Nisa bergurau senda dengan ku..seolah-olah kami telah kenal lama.
“Abang buat apa tu??”…tanya Nisa..sambil mengambil tempat di sampingku..
Takda buat apa pun, “Abang Cuma berkhayal seketika tadi, andai kita dikurniakan anak mesti anak-anak kita secomel Nisa”..
“InsyaAllah Abang, ada rezeki nanti rumah tangga kita akan di ceriakan dengan tangisan dan gelak tawa anak kecil”..Kita bersabar la dulu..Selalu berdoa, semoga Allah perkenankan doa kita”
Hmm, Nisa…Abang nak tanya sikit dekat Nisa boleh???
Apa dia Abang??, tanya sajalah..Balas Nisa spontan..
Kalau abang cakap sedikit, Nisa jangan marah tau?? Hmmm, err..Kenapa Nisa terima lamaran abang?? Kenapa Nisa pertaruhkan kehidupan Nisa dengan menerima abang sebagai “Suami” nisa?? Nisa ada hak tau, untuk menolak pinangan tu..
“Nisa terima abang, kerana ALLAH”
Aku diam sebentar…
………….maksudnya?? abang “tak faham”
Nisa buat solat istikharah. Mohon petunjuk dari-Nya.
Sekali lagi aku senyap. Diam seribu bahasa…
*********************************************************************************
Selesai menunaikan solat maghrib di surau berdekatan, aku duduk berteleku di atas sejadah. Air mata mula berlinangan, fikiran melayang memikirkan kejahilan dirinya yang tidak tahu tentang ilmu agama. Tiba-tiba satu sapaan hinggap di bahuku. Aku menoleh,
“Ustaz”…. Panggil ku kepada insan yang sedang berdiri di belakangnya.. ustaz yang mengimami solat maghrib tadi.
“Mengapa kamu berdukacita, wahai anakku…”..dari tadi pakcik tengok kamu hanya merenung sejadah dan nampak sugul. Anak ada masalah? Jika tidak keberatan, cerita dan kongsilah dengan pakcik.
“Ya..Ustaz..saya memang ada masalah”.. masalah yang cukup besar…
“Saya sebenarnya…sayaaa..hmmm..saya nakkk……”
Aku malu untuk meneruskan perbicaraan. Namun aku sedaya upaya cuba untuk meluahkan.
“Anak nak apa?..” tiada masalah yang tiada jalan penyelesaian nak..
“Saya nak belajar agama, ustaz”.. terluah juga akhirnya.. satu hembusan nafas seolah menampung bebanan yang cukup berat.
Ustaz hanya tersenyum…..
“Mari” insya-Allah, pakcik akan tolong semampu yang boleh.
Lakaran senyuman ku terbit dari bibir. Seolah-olah ada sinar baru bakal menerpa dalam hidupku nanti. “Subhanallah.. terima kasih ya Allah atas hidayah yang engkau berikan kepada ku dengan menghantar utusan untuk membimbing ku ke jalan yang engkau di redhai.
************************************************************************************
Aku duduk di birai katil dengan memandang kelakuan Nisa yang sedang sibuk mengemas bajunya dan di letakkan ke dalam bagasi.
“Lamanya abang nak pergi”..Kita baru saja Nikah, abang dah Bz lagiii……
Nisa, maafkan abang…”Ala, 3 minggu saja..”Abang ada urusan kerja yang perlu di selesaikan”
“Maafkan abang Nisa kerana berbohong dengan mu sekali lagi” monolog ku dalam hati..
Sebenarnya aku ingin mendalami ilmu agama di sebuah sekolah pondok untuk belajar agama dengan ustaz yang di temuinya tempoh hari.
Surah at-Taubah, ayat 122 :
Tidak sepatutnya bagi mukminin itu pergi semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya.
Sudah dua hari aku berada di pondok agama itu. Acap kali juga air mata mengalir mengenangkan dosa-dosa lampau yang pernah ku dilakukan. Ya Allah, begitu banyak dosa-dosa yang hamba mu ini lakukan. Selesai solat berjemaah dengan rakan-rakan di pondok, aku menelefon Nisa. Terasa rindu menemani diri, telah beberapa hari tidak melihat wajahnya dan mendengar suaranya..
“Assalamu’alaikum zaujati”
“Zaujah sihat?”
Aku duduk di kerusi halaman pondok itu.
Kedengaran suara Nisa girang gembira..
“Alhamdulillah, sihat”… Abang rindu Nisa ya?? Dah masuk 2 hari baru nak call…..
“Kesian Nisa, dah dua hari duduk sorang-sorang.. “…Aku tersenyum mendengar celoteh isteriku..
Hah, lagi satu..Nisa ada tanya ayah pasal kerja outstation abang ni….ayah kata, “mana ada outstation”. Baik abang cakap, abang pergi mana?? Tiba-tiba suara Nisa bertukar sebak. Sampai hati abang, tipu Nisa…
Kedengaran esakan tangisan nisa, di corong telefon. Aku terdiam..
“Maafkan abang Nisa, abang ada sebab tertentu..tapi belum tiba masanya untuk abang beritahu..tapi percayalah..abang cintakan Nisa..dan apa yang abang lakukan ini, untuk kita, untuk masa depan kita..dan yang paling penting untuk kebahagiaan kita dunia dan akhirat”
“Tak apa la abang, Nisa faham..” suara nisa mula mengendur…tidak seperti tadi..
“Abang sihat?”
“Alhamdulillah” abang sihat sayang…..
“Abang jangan lupa, sebelum tidur tu baca doa tau”
Aku ketawa mendengar pesanan Nisa sebentar tadi..Seoalah-olah, aku diperlakukan seperti anak kecil..
Next….
“Kalau terjaga pukul 3 pagi, ada kesempatan solat tahajud..”
Lagi…..
Selalu beristighfar…dan jangan lupa doakan rumah tangga kita sampai syurga…..
“Aku senyap seketika”…Aminn…Insya-Allah..
********************************************************************************
Dari jauh, Aku melihat senyuman isteriku yang tak pernah lekang di bibir yang mungil. Nisa setia menantiku di hadapan pintu. Setelah selesai membayar tambang teksi, Aku mengheret bagasi beroda ini menghampiri pintu utama rumah. Nisa menyambut ku di hadapan pintu, huluran tangan lantas di raih. Nisa, yang telah siap bertudung tampak gembira dengan kepulangannya..
“Assalamu’alaikum” Sapaku kepada sang isteri yang amat di kasihi..
“Wa’alaikumsalam”..Jawab Nisa dengan nada ceria..
Nisa seolah terpegun melihat ku  yang memakai t-shirt berkolar, seluar slack hitam..
Aku perasan..Nisa sejak tadi asyik memerhatikan diriku….
“Errr, Nisaa..pandang apa??ada apa yang tak kena ke dengan abang?”
Nisa tersentak.. ”ehh, takkk..takda apa… abang cuma nampak lain”
“Apa yang lainnya??” aku meraba-raba badan sendiri..cuba mencari kelainan yang isteriku katakan sebentar tadi..
Baru aku perasan akan kopiah yang tersarung di kepala ku..
“Ohhhh” pasal ni ya? jawab ku sambil menarik kopiah..
“Jom masuk”.. aku dan Nisa beriringan menuju ke ruang tamu…
Aku mengambil tempat duduk di sofa. Sementara Nisa menuju ke dapur untuk membuat air.. aku memerhati sekeliling rumah, tampak kemas dan bersih. Seperti kepergianku 3 minggu yang lalu.
“Abang” nahhh air minum.. lembut Nisa menghulurkan gelas itu kepadaku”..
Aku menyambut huluran itu.. “Terima kasih sayang” sambil mengenyitkan mata ke arah Nisa..
******************************************************************************
Ashraffffffffffff……… Kamu nak jadi apa ni hah? Tengking ayah kepadaku..
Aku hanya mendiamkan diri dan tunduk.. (Aku banyak mendiamkan diri sejak memikul tanggungjawab sebagai suami. Dan sedikit sebanyak perangai buruk dulu telah dapat berubah) aku juga tidak banyak bercakap. Sifat marah dan melenting juga semakin berjaya di kikis.
“kamu dengar tak ni??” Ayah masih kelihatan marah..
Kamu pergi ke mana hari tu?? Kamu buat hal lagi ya?? Tanya ayah kepadaku..
Ni akaun syarikat, kenapa jatuh merundum?? Sambil fail penyata syarikat di hempas ayah ke atas meja..
Ayah, ekonomi buat masa sekarang memang kurang stabil..jawabku kepada ayah..
Ayah hanya memandangku dengan wajah yang sinis. Ayah nak kamu settle kan semua masalah ini dengan kadar yang cepat, atau tidak..kamu berhenti saja.
Aku hanya tertunduk..
Ayah bukan tak tahu tentang kamu ni..sejak dari dulu gemar enjoy sana sini kan??, duit syarikat ntah berapa banyak telah kamu belanjakan. Meskipun kamu anak ayah, tapi tak bermakna kamu boleh sewenang-wenangnya lakukan ini semua. Mungkin dengan cara ini, kamu akan berubah..sudah cukuplah ayah bertolak ansur dengan kamu. Lebih baik kamu berdikari, baru kamu kenal erti pahit kehidupan.
“Sungguh, aku terkilan dengan kata-kata ayah sebentar tadi..kecil hatiku..hmmm, memang wajar pun ayah marah kepadaku. Padan mukaku, ayah kini telah hilang kepercayaan padaku”
Aku kini hilang punca, setelah di marahi ayah..aku tidak pulang ke rumah.. aku juga mematikan handphone ku..di saat ini fikiranku bercelaru.. Aku mencari tempat yang sesuai untuk menenangkan diri, aku khuatir, jika aku pulang ke rumah Nisa akan menjadi mangsa kemarahan ku. Dia terlalu baik buat ku, dan aku telah nekad tidak akan melukainya.
*****************************************************************************
Aku tersedar dari lena.. Masya-allah aku terlelap dalam kereta..  Aku melihat jam tangan ku.. Arghhh, dah subuh rupanya. Aku lantas menghidupkan enjin. Mencari surau atau masjid berdekatan untuk menunaikan fardu.Selesai menunaikan solat subuh, aku memecutkan kereta ke destinasi seterusnya “Rumahku”.. Tanganku menggapai handphone.. tertera “ 10 voice mail” dan 23 messege dari Nisa.. kesian dia, pasti dia ternanti-nanti kepulangan ku semalam..Maafkan abang Nisa…
Setibanya di rumah, hatiku sayu melihat suasana rumah yang begitu sunyi..
PRRRAAAANGGGGGGG!!!!!!!!!!!!!
Aku Terkejut  mendengar bunyi pinggan pecah. Terus aku berlari masuk ke rumah. Aku terlihat kelibat dua orang berbaju hitam dan bertopeng. Lantas aku mencuba untuk mengejar dua makhluk yang memecah masuk ke rumah. Aku berlari menuju ke dapur. Kelihatannya kelibat pencuri itu telah berjaya memboloskan diri melalui pintu belakang rumah.  Terkejut aku bukan kepalang, pabila mendapati darah berlimpahan di merata tempat. Darah merah pekat berlumuran. Nisa sedang berbaring menahan kesakitan..
“Sayang!!!!”
Jerit ku apabila melihat Nisa tersungkur di lantai menahan sakit akibat tikaman pisau di perutnya.
“Aaaaabbbaanggggg” tersekat-sekat suara Nisa memanggilku..Nisa menarik nafas. Perlahan. Matanya dapat menangkap kelibat wajah ku di hadapannya.
Aku memangku kepala Nisa yang sedang bertarung dengan maut. Sebak tidak mampu lagi di tahan apabila melihat Nisa masih lagi mampu tersenyum dalam perjuangan maut itu.
“Nisa, bertahan sayang…Abang Mohon..”
Tangan Nisa ku genggam.. tiada kata-kata yang mampu di ucapkan. Hanya mata yang bisa menyampaikan kata. Dalam kepayahan untuk bernafas, Nisa tetap ingin menyampaikan sesuatu kepadaku…
“Bertahanlah sayang”.
Dahinya ku kucup perlahan. Air mata bagaikan air terjun yang deras. Aku mencium tangan isteriku yang sedang sejuk.
Aku mendekatkan wajahku kepada Nisa…cuba mendengar apa yang ingin Nisa sampaikan kepadaKu.
“Abanggggg, maafkan Nisa kerana tidak dapat membahagiakan abang. Kita bertemu di syurga. Ketahuilah, Nisa amat mencintai abang”…
“Abang juga mencintaimu, sayang”. Tak sanggup melihat isteriku terseksa sedemikian rupa. Jantungku bagaikan di siat-siat. Sayu tidak tertahan.
Nisa menarik nafas panjang. Aku membisikkan syahadah di telinga isteriku
Bibir Nisa terkumat-kumit mengikut. Walaupun tersekat-sekat. Hembusan terakhir dilepaskan diiringi dengan air mata perpisahan.
*******************************************************************************
Aku berteleku di sisi kubur isteri tercinta. Menangis perlahan.
“Sayang, abang sangat mencintai dan merindui mu. Bersemadilah dengan aman. Abang redha dengan pemergianmu. Abang redha dengan segala perbuatanmu sepanjang kita hidup bersama. Terima kasih Sayang. Sayanglah  isteri terbaik di dunia. Sayang isteri solehah abang. Jadilah bidadari yang jelita di syurga.

Jumaat, 25 November 2011

Kembara Ini


Assalamu'alaikum...

Sekadar coretan untuk renungan bersama..Hayatilah.......

Kembara mencari redha Illahi......
Tatkala mencari,
Daku merenungi,
Cuba mentafsir, bisikan nurani..
Bisikan qalbu yang belum ku pasti,
Hati berbicara lagi,
Merungkai sebuah persoalan diri…

Bila mata di buka…
Hari baru kini bermula,
Rutin harian seperti semalam,
Tatkala bangkit dari pembaringan,
Hati di amuk seribu satu persoalan,
Diri merasa masih banyak kekurangan,
………apa yang aku cari????
……….apa yang aku kejar??
……….apa pula matlamat hidup aku yang sebenar???

Bila harta kian bertambah,
Adakah hati semakin tenang?
Bila jiwa di warnai kanvas cinta,
Adakah  hidup semakin bermakna?
Pabila pencapaian semakin bertambah,
Apakah jiwa juga di suburi iman dan taqwa?

Cuba renungkan kembali,
Hari-hari yang kita lalui,
Apakah setelah apa yang kita lakukan ini mempunyai nilai di sisi-Nya?
Atau hanya mengharap sanjungan oleh insan bernama manusia?

Kembara hati ini tidak akan pernah berhenti,
Muhasabah diri dalam menuju redha illahi,
Carilah redha-Nya,
Kerana…hanya  dengan mengingati-nya,
Hati akan menjadi tenang….

Sabtu, 24 September 2011

Wahai Hati Tabahlah Menerima Ujian.

Assalamu'alaikum

Bismillah wa syukrillah...

Bila bercerita tentang ujian, setiap daripada kita pasti akan di uji. Persoalannya kadangkala Sukar bagi kita untuk mendidik hati ini agar tidak merungut dan pasrah atas segala ketentuan yang telah di tetapkan.

~Hasbunallah Wani'mal Wakil~ "Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung" (Surah Ali Imran : 173)


 
"Jagalah Allah, nescaya engkau akan sentiasa mendapati-Nya di hadapanmu. Kenalilah Allah di waktu lapang nescaya Dia akan mengenalimu di saat kesulitan, ketahuilah bahawa apa yang berlaku ke atas diri kita telah di tetapkan "Luput dirimu" tidak akan pernah menimpamu dan apa yang telah di tetapkan menimpa ke atasmu tidak akan pernah "luput darimu".

"Ketahuilah bahawa kemenangan itu selalu mengiringi kesabaran, jalan keluar selalu mengiringi ujian dan kemudahan itu selalu mengiringi kesusahan" (Hadis Riwayat At-Tirmidzi).

Kepada insan-insan yang di uji, ikhlaskanlah hati untuk menghadapi segala ujian yang telah atau sedang berlaku ke atas kita..Hanya pada-Nya kita meminta pertolongan, Hanya pada-Nya jualah tempat kita berserah. Mungkin terselit kemanisan yang kita sendiri tidak sedari.

Mengingatkan peristiwa para sahabat nabi suatu ketika dulu, banyak yang boleh kita jadikan ikhtibar. Bila hati berasa sedih, jadikanlah doa dan zikir itu sebagai santapan hati dan pengubat jiwa yang lara..

Dari Abdul Abbas Abdullah Bin Abbas radiallahu Anha, beliau berkata :

Suatu hari aku berada di belakang Nabi saw lalu baginda bersabda,

"Jagalah Allah, nescaya Dia akan senantiasa menjagamu. Bila engkau meminta sesuatu, mintalah kepada Allah, dan bila engkau meminta pertolongan, mintalah pertolongan kepada Allah. Ketahuilah, jika semua umat manusia bersatu padu memberikan suatu kebaikan kepadamu, nescaya mereka tidak dapat melakukannya kecuali dengan sesuatu yang telah ditulis Allah bagimu, dan jika semua umat manusia bersatu padu mencelakakanmu, nescaya mereka tidak dapat mencelakakanmu kecuali dengan sesuatu yang telah ditulis oleh Allah bagimu."

Bersabarlah wahai hati yang di uji, cekalkan hati kerana sesungguhnya ujian Allah SWT itu tidak akan membebani hambaNya sesuai dengan kemampuan kita. Allah maha mengetahui apa yang terbaik buat kita..

Khamis, 11 Ogos 2011

Terima kasih Allah

Langkahku terhenti di depan bilik utama. Aku meninjau suasana bilik. Terasa seperti pendatang asing di rumah baru kami. Semenjak kami di satukan dalam majlis akad semalam. Aku tidak banyak berbicara dengannya. Kadangkala timbul rasa penyesalan kerana menerima dia dalam hidupku.
Ya Allah, apakah ini ujian yang ingin engkau berikan kepadaku, Ikhlaskanlah hatiku untuk menghadapinya. Sesungguhnya hamba-Mu ini insan yang lemah dan senantiasa mengharapkan pertolongan dari-Mu.

Wajah Ayah dan ibu silih berganti menerawang di fikiran Aisyah. Akhirnya Aisyah terlelap setelah lama di ulit persoalan.

Azan subuh berkumandang dari masjid yang berhampiran. Aisyah tersedar dari tidur. Dia bingkas bangun dan menjengah ke bilik sebelah. Kosong! Ke mana dia pergi? Berniat hendak menyegarkan tubuh barang seketika, dia mencapai tuala menuju ke bilik air. Setelah siap berpakaian,  tuntutan solat tidak di abaikan. Niat di hati, ingin solat berjemaah dengannya. Namun batang hidungnya pun tidak kelihatan.  Ke manakah dia semalaman?
Aisyah menuruni tangga. Kelihatan suaminya tidur di atas sofa..
Arif sedang di ulit mimpi sambil berpeluk tubuh di atas sofa, timbul rasa kasihan pada suaminya itu.
“Andai saja dia mengerti bahawa aku sudah mula belajar untuk menerimanya dan menyanyanginya tentu saja akulah wanita yang paling bahagia pabila berada di sampingnya..” monologku sendiri.
“Errrr…awak…awakkkk…solat subuh…bangunlah..
Aisyah mengejutkan suaminya dengan menyapa lembut kaki suaminya..
“Awakk, bangunlah..takut habis waktu pula nanti..” sekali lagi Aisyah cuba mengejutkan suaminya.
“Kelihatan Arif menggeliat..”
Hmmm…jawabnya sepatah…
Aisyah tidak berputus-asa….
“Awak…bangunlah…nanti lambat….”
“Dia lantas membuka mata, tiada kuntuman senyuman terukir di bibirnya….”
Malah wajah mencuka..Aku terdiam dengan reaksinya itu..Tidak berani berkata apa-apa…
“Heiii, apa lagi???”
“Engkau ni..kau nak apa?? ganggu tidur orang sajalah… tidak habis-habis lagi kau nak menyusahkan aku…”
Kau tahu tidak!!! sekarang ini baru pukul berapa??? Aku penat tau!!!!
Terkesima dengan tindakan spontan darinya, niat baik kini disalah-ertikan malah mendapat tohmahan bak peluru berpandu yang mencari mangsa.
“Aku hanya membatukan diri”.
“Dah la semalam aku pulang lewat, subuh-subuh lagi kau dah kejutkan aku….
Kau nak apa dari aku ni???”
Maafkan saya,
 Sayaaa..hmmmm…saayaa cummaa..saya Cuma nak kejutkan awak untuk solat subuh…jawab Aisyah dengan nada terketar-ketar.
“Heiii perempuan, kau pekak ke? Tak faham lagi? kau tak payahlah nak berlagak ustazah depan aku….”
Belum tahu kau dapat masuk syurga kalau aku tak redha menerima kau sebagai isteriku.
“Berdesing telingaku.. Ibarat panahan halilintar mengejutkan isi bumi”
“Kau jaga dulu lubung kubur kau sendiri, aku tahulah jaga lubang kubur aku…”
Dah..dah..pergiiiiiiiiiiii!!! aku nak tidur..meluat aku nampak muka kau ni….
Ya Allah,marah ka dia padaku???  begitu berat dugaan yang Engkau berikan kepada-ku Ya Allah…. Maha suci engkau, Tiada daya dan upayaku untuk menghindar dari segala yang engkau timpakan ke atas aku. Engkau yang mendengar segala tangisan dan kesedihanku….

Aisyah menangis semahu-mahunya di atas katil…
“Jika bukan kerana amanat ayah, aku juga tidak ingin meneruskan sandiwara ini…..” monolog ku…
Aisyah yakin, tiap ujuan yang Allah berikan ini bukanlah satu penyiksaan tetapi kerana hambanya adalah insan terpilih. Firman Allah dalam surah Al-Baqarah, ayat 214 :
Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.
Semakin hari Aisyah melihat sifat suaminya semakin pemarah. Sifat panas baran suaminya itu sukar untuk di kawal.  Pantang di tegur sedikit, api kemarahannya mula menyala-nyala. Timbul perasaan tanda tanya “Apakah suaminya itu benar-benar tidak mencintai dirinya, tapi kenapa dia menerima aku dalam hidupnya andai dia enggan untuk berkongsi segalanya kepada ku”…
Pabila malam menjelang, Arif kelihatan tidak selesa, berasa panas sedangkan teratak kami di pasang Aircond. Kadangkala Arif mengadu sakit kepala seperti di tusuk jarum di kepalanya. Apabila Aisyah menawarkan diri untuk memicit-micit kepala suaminya, Arif menegah dengan nada kasar. Bebola matanya kemerahan menahan Amarah. Pernah sekali, Arif hampir menampar wajah isterinya atas sebab perkara remeh. Katanya masakan Aisyah tawar. Kelihatan tidak sedap, seperti makanan sisa kucing.
Apa yang lebih mengejutkan, selepas Aisyah selesai mengerjakan solat Isyak, dia mengalunkan kalam Suci Allah. Ketika itu suaminya sedang baring di bilik sebelah. Tidak semena-mena, suaminya mengetuk pintu biliknya seperti ingin tercabut pintu biliknya di ketuk. Apabila aisyah membuka pintu, suaminya berkata “Boleh tak jangan memekak di rumah ni”..
Aisyah hanya mampu bersabar, dia cuba mengerti akan situasi suaminya yang penat bekerja. Kemarahannya mungkin di sebabkan tekanan di tempat kerja.
Aisyah duduk di sofa. Arif belum pulang dari kerja. Aisyah mencapai Remote Tv sambil menekan channel  TV3, Rancangan Al-Kulliyah. Tajuk yang di bincangkan adalah berkaitan dengan “SIHIR”. Panel jemputannya Ustaz Shahran al-shafie iaitu seorang pengamal perubatan Islam yang telah lama bergiat aktif dalam mengubati pesakit-pesakit misteri gangguan jin dan syaitan. Selain itu panel jemputan mereka Ustaz Wan Shohor Bani Leman. Apabila mendengar simptom-simptom yang di sebut oleh Ustaz itu sebentar tadi, timbul keraguan dalam diri Aisyah. Apakah benar suaminya telah terkena sihir? Tapi siapa pelakunya?
Dalam diam, Aisyah cuba mencari Ikhtiar. Dia pergi ke suatu pusat perubatan Islam di Serdang. “Pusat perubatan Syifa al-hidayah”. Aisyah menerangkan kepada ustaz tersebut akan sifat ganjil suaminya itu. Ustaz itu menyarankan agar Aisyah memperbanyakkan bacaan ayat Ruqyah. Ustaz itu menitipkan sebotol air yang telah di bacakan ayat-ayat suci al-quran dan meminta Aisyah memberi minum kepada suaminya. Seandainya suaminya menunjukkan kelainan reaksi, Ustaz sarankan agar Aisyah membawa suaminya berubat ke sini.
Aisyah mengangguk..
Keesokan harinya, Aisyah menghidangkan sarapan buat suaminya. Segelas Air Holiks panas dan segelas air mineral (Air yang di perolehnya di pusat perubatan semalam) serta kuih muih..
Arif tidak tahu menahu tentang Air syifa tersebut. Dia meminum beberapa teguk, setelah usai menikmati juadah. Arif berdiri, dia kelihatan sukar mengimbangi badan. Memicit-micit kepalanya. Aisyah merapati Arif lantas bertanya “Awak tak apa-apa??”..
“Hmm tidak ada apa-apa, jawabnya pendek”
Aisyah membututi suaminya sehingga ke perkarangan rumah. Seperti biasa dia akan menyalami suaminya.
Malam menjelang, Aisyah duduk berteleku di atas sejadah. Bermunajat kepada-Nya. Memohon maghfirah sebagai hamba yang banyak melakukan kesilapan dalam kehidupan kerana Allah menyanyangi hambanya yang selalu berdoa.
Arif baru pulang dari kerja. Kelihatan Wajahnya begitu lesu, menaiki tangga saja menyebabkan dia tercungap-cungap seolah-olah membawa bebanan yang amat berat untuk di pikul.
Arif terbatuk-batuk. Dia juga menyedari perubahan yang berlaku ke atas dirinya. Apabila tiba di rumah, dia merasakan seperti enggan untuk masuk ke rumahnya sendiri. Pabila memandang isterinya “Aisyah” seolah-olah melihat raksasa yang buruk rupa. Malahan apa saja yang isterinya cuba lakukan sering kali di anggapnya salah.Timbul perasaan benci terhadap isterinya sendiri. Kadangkala amarahnya sukar untuk di kawal meskipun dia tidak terniat untuk melukakan hati Aisyah.  
Aisyah menyiapkan makan malam buat suaminya di dapur. Walaupun kehadirannya di rumah ini tidak di senangi oleh suaminya namun tanggungjawabnya sebagai isteri tetap ia laksanakan. Makan, pakaian tetap ia sediakan.
“Aku terima semua ini dengan hati yang terbuka, berlapang dada atas segala ketentuannya. Aku percaya pasti ada kemanisan di sebalik kepahitan yang aku alami. Aku tidak berseorang kerana Allah sentiasa bersamaku”…Pujuk aisyah sendiri… ^_^
Aisyah tahu, dalam sifat panas baran suaminya itu sebenarnya terselindung sikap lembut dan simpati. Mungkin dia masih tidak dapat menyesuaikan diri dengan suasana baru. Apatah lagi menerima seorang isteri yang bukan pilihannya.
**********************************************************************************
Hari-hari yang di lalui terasa sepi. Melihat Karenah suaminya yang dingin menyebabkan Aisyah seperti tidak betah berada di rumah itu. 
Juadah sarapan telah siap terhidang. Seperti biasa Aisyah cuba untuk menjadi isteri yang baik di mata Arif..
Ketika Arif sedang menikmati sarapan pagi, Aisyah memecah kesunyian..
Aaawakk..Aisyah nak keluar kejap nanti, boleh tak?? Aaa…aaiisyah nak beli barang dapur sikit.. Tanyaku teragak-agak. Ketika kami bersarapan bersama-sama di meja dapur…
“Arif mengangguk, sambil mengeluarkan not RM300 kepada Aisyah…”. Kelihatan Arif tidak lagi marah-marah seperti tadi subuh. Dia kelihatan tenang kini.”
Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh karena Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan karena mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka. Sebab itu maka wanita yang saleh, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri[289] ketika suaminya tidak ada, oleh karena Allah telah memelihara (mereka)[290]. (Surah an-Nisaa : 34)
Arif cuba memadamkan rasa kekoknya di hadapan Aisyah “Pergi beli barang naik apa nanti? kalau takda..Ikutlah sekali dengan aku. Lagipun aku nak ke pejabat juga ni…
Arif menggelarkan dirinya sebagai “Aku”…
Aisyah mengangguk tanda mengerti, kalau macam tu Aisyah nak bersiap kejap..kataku…
Nanti Aisyah turun jap lagi. Aisyah bingkas bangun dan menaiki tangga untuk persalinan.
Setelah siap, Aisyah menuruni tangga. Penampilannya hanya biasa-biasa saja. Berbaju kurung dan bertudung litup. Namun Kulitnya yang putih dengan anak matanya yang bulat kadangkala memperlihatkan wajahnya yang comel.
Dalam diam, Arif turut terpaku dengan isterinya sendiri. Namun egonya membataskan niatnya.
************************************************************************************
Suasana Dalam kereta,
Sunyi…Kedengaran hanya lagu-lagu yang di mainkan di oleh stesen muzik FM. Aisyah hanya membatukan diri. Arif pula, khusyuk pada pemanduannya..
Arif sekali sekala melirikkan pandangan pada Aisyah, namun apabila Aisyah membalas pandangan ke arahnya. Dia cepat-cepat memandang ke arah hadapan. Terkulat-kulat…Kononnya  sedang khusyuk memandu.
“Aku nak minta maaf soal semalam”…..Arif memulakan bicara…
Arif menimbau kembali peristiwa semalam apabila dia hampir saja menampar pipi mulus isterinya kerana lambat menghidangkan makanan.
“Aku penat sangat semalam, pulang lewat. Nak siapkan proposal untuk projek mega syarikat ayah tu..”
“Tak apa…saya faham..

Kalau soal tadi subuh plak macam mna? Arif menepuk dahinya, dia mula memikirkan soal tadi subuh kerana keengganannya menunaikan solat subuh atas sebab penat.

"Saya sekadar memperingatkan. Kalau boleh, tuntutan agama jangan di abaikan" Aisyah memberi ceramah percuma..
Hurrmmm, Awak tak marah pada saya?
Arif ni, pelik aku..kejap membahaskan dirinya sebagai “Kau dan aku”…kejap membahaskan dirinya sebagai “Awak dan saya”…. Mana satu ni? Getus hatiku..

“Taklah” jawab Aisyah acuh tak acuh…”
Kini, Aisyah mengambil kesempatan untuk mendiskusikan hal berkaitan pertemuannya dengan Ustaz Ridwan.
Awakk..saya nak cakap sesuatu ni, tapi sebelum tu. Saya harap awak tak marah.
Hmm, apa dia? Jawab Arif..
Beberapa hari yang lalu saya ada bertemu dengan seorang Ustaz. Saya menceritakan kepadanya tentang perubahan perwatakan awak semenjak beberapa minggu ni.
Abis tu? Soal Arif tergantung.
“Saya syak awak terkena sihir”..
Arif ketawa terdekah-dekah..Aisyah membiarkan Arif mentertawakan perkara yang di utarakannya.
Setelah keadaan kembali tenang, giliran Arif pula bertanya,
Awak percaya ke benda-benda mengarut ni??
Kenapa pula tak percaya, ilmu sihir itu memang telah wujud sejak dari zaman para anbiya lagi. Dan kita perlu percaya akan adanya ‘perkara-perkara ghaib seperti Jin dan makhluk-makhluk yang tak mampu kita lihat dengan mata kasar” hujah Aisyah.
Baiklah, andai betul aku terkena sihir. Awak nak buat apa? Soal Arif..
Kita berubat…Ringkas jawapan Aisyah..
Lagipun tak salah kita ikhtiar, yang penting berlandaskan syariah. Saya nak bawa awak bertemu dengan Ustaz Ridwan bila awak ada kelapangan nanti. Boleh?? Bicara Aisyah.
Arif yang malas untuk berdebat dengan Aisyah lantas mengiyakan permintaan Aisyah. Kalau macam tu esok je la kita pergi ke sana.
Aisyah mengangguk.
Awak nak saya turunkan awak di mana ni?? Tanya Arif kepada Aisyah..
“Pasar raya Tesco”… Jawab Aisyah..
Okey…Dialog mereka berakhir di situ.
***********************************************************************************
Seperti yang di rancang, keesokan harinya Aisyah membawa Arif menemui Ustaz Ridwan di pusat perubatan Islam syifa al-hidayah. Ustaz membacakan azan di telinga Arif, dan kelihatan wajah Arif berpeluh-peluh. Kaki dan tangannya seperti kaku. Urat-urat kepalanya terbentuk. Setelah di bacakan ayat-ayat suci al-quran, Arif menunjukkan reaksi agressif. Tingkah lakunya tidak seperti biasa. Kadangkala menangis seperti anak kecil dan kadangkala cuba untuk melawan Ustaz dengan tumbukan.
Selesai perubatan. Wajah Arif di renjiskan dengan Air. Keadaan kembali tenang. Arif tidak ingat apa yang berlaku namun dia berasa sakit-sakit badan setelah berubat tadi.
Ustaz Ridwan menerangkan yang Arif terkena sihir Tafriq (sihir yang memisahkan suami isteri). Kemungkinan besar ada yang iri hati terhadap rumah tangga Aisyah dan Arif. Akan tetapi, ustaz menyarankan tidak membalas kembali perbuatan jahat itu sebaliknya biarlah Allah yang membalas perbuatannya. 
Kata-kata ustaz sedikit mengejutkan Arif dan Aisyah.
“Sentiasalah berdoa Kepada-Nya kerana tiada kuasa yang lebih hebat melainkan Allah”. Bersabarlah atas segala ujian ini, insya-Allah pasti ada kemanisan di sebaliknya. Nasihat dari Ustaz kami terima..
Ustaz meminta Arif banyak mendekatkan diri dengan Allah. Banyakan membaca Al-Quran. Arif sedikit terkesan di hati kerana selama ini dia telah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai khalifah Allah di muka bumi.
Hari demi hari, kesihatan Arif beransur baik. Surah As-Syu’araa’ : 80
“dan apabila aku sakit, Dialah Yang menyembuhkan aku.”
Kini Arif cuba mempelajari agama dengan lebih dekat. Sesekali dia meminta Aisyah menuntun ia untuk membaca kalam Allah azawajallah. Sifat panas barannya juga semakin kurang. Arif kini telah banyak berubah. Kadangkala kelihatan dia bangun mengerjakan solat tahajjud sepertiga malam.
Sungguh, Aisyahlah insan yang paling gembira melihat perubahan suaminya. Namun Arif masih belum mampu menerima kehadiran Aisyah sepenuhnya. Mereka masih tidur di bilik yang berasingan. Namun Aisyah tetap bersyukur kerana suaminya telah menunjukkan sifat positif sepanjang Arif berubat di pusat perubatan itu. Allah memperkenankan doa hambanya. Sesuai dengan firman Allah dalam surah al-mu’min : 60,
"Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina”
Sesungguhnya Allah maha mendengar dan memperkenankan doa hambanya. Firman Allah dalam Surah al-Baqarah : 186
“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.”
ayat ini (Surah al-Baqarah : 186) turun berkenaan dengan sabda Rasulullah SAW: "Janganlah kalian berkecil hati dalam berdoa, kerana Allah SWT telah berfirman "Ud'uni astajib lakum" yang ertinya berdoalah kamu kepada-Ku, pasti aku mengijabahnya).
************************************************************************************
Hari ini Aisyah nak masak Special buat Suaminya. Dengan harapan agar suaminya dapat menerima ia seadanya dan menjernihkan hubungan mereka yang agak kusam. Melihat barang-barang sapur yang banyak kurang, terdetik di hati Aisyah untuk membeli sedikit barang di pasar raya berdekatan.

Aisyah meneliti senarai barangan yang perlu di belinya. Sambil mengatur langkah menolak troli, aisyah terlihat susuk tubuh seseorang yang telah lama di kenalinya…
Yaa..memang dia! Ke mana dia menghilang selama ni?? Getus hati Aisyah..
Aisyah cepat-cepat menyembunyikan diri dari pandangan lelaki itu..
Fuhhhh..nasib baik..
Monolognya…“Biarlah perasaan aku suatu ketika dahulu ternoktah di sini, aku akui aku pernah menyimpan perasaan kepadamu. Namun jauh di sudut hatiku  aku tahu, aku hanya bertepuk sebelah tangan. Aku akui ketika di kampus, aku mengkagumimu. Tertarik dengan keperibadianmu. Namun aku pendamkan saja. Tak mungkin seorang lelaki yang bijak, aktif dengan persatuan dan MPP, pelajar anugerah dekan, Tip top punya student di kampus seperti dia mahukan gadis kampung sepertiku.”
Aku sudah menjadi isteri orang sekarang, sungguhpun aku berkahwin bukan atas dasar cinta namun aku percaya suatu hari kebahagiaan itu akan berpihak kepada kami. Hanya perlu bersabar. Aku yakin Arif mampu membuktikannya. Yaa  manusia mampu berubah jika diberi hidayah olehnya. Semoga hari yang di nanti itu tiba, jalan itu akan di buka oleh Allah, agar aku dapat mengecapi kebahagiaan bersamanya.
“Assala’mualaikum” sapa seseorang terhadapku…
“Wa’alaikumsalam” jawab Aisyah.. lantas berkalih ke arah suara yang menyapa…
Alangkah terkejutnya aisyah apabila memandang  wajah di hadapannya…
Errrrrr…errrr.. Aisyah menjadi tidak keruan..
“Siti Aisyah binti Halim” kan? Batch Sarjana Muda komunikasi dengan kepujian, 2008/2009 di UUM?
Hmmm..errrr…a’ah saya..jawabku…
Fariz tersenyum…
“Lama tak dengar khabar Aisyah? Aisyah dah kerja?...”
Aisyah khabar baik, tak kerja lagi..Aisyah dah……..
Belum sempat Aisyah menoktahkan butir bicaranya, Tiba-tiba, seorang wanita mendekati kami sambil berkata “Abanggg,dengan lentok manjanya..
Abang Fariz… Lin nak ke toilet kejap. Tolong pegangkan beg tangan Lin ni…Boleh tak? Fariz mengangguk.
Terdetik di hatiku, kenapalah Fariz seperti lembu di cocok hidung saja ni..
‘Abang taknak kenalkan Lin dengan dia? Sambil menjuihkan bibir ke arah Aisyah…  
Ohhh ya, lupa nak kenalkan..By the way, let me introduce this is Aisyah..hmmm..Aisyah, this is my girlfriend Julia..
Aisyah menghulurkan tangannya salam perkenalan. Assala’mualaikum Julia..
Namun tangan Aisyah di tepis oleh Julia. Kelihatan Julia  berasa tergugat apabila fariz berbual-bual dengan Aisyah sebentar tadi. Timbul perasaan cemburu di benaknya. Apatah lagi melihat kemesraan antara mereka. Hatinya meronta-ronta, Fizikalnya menjadi tidak keruan seperti "Cacing kepanasan". Sememangnya dia telah lama memerhati fariz berbual-bual tadi. Apabila melihat Fariz menguntumkan senyuman kepada Aisyah. Api cemburunya makin membuak-buak.
Julia sengaja menyakiti hati Aisyah dengan perlakuannya yang kelihatan seperti acuh- tak acuh sebentar tadi. Sikap kepura-puraannya sebenarnya satu dusta. Firman Allah dalam surah Al-Ahzab : 58,
“Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang yang mukmin dan mukminat tanpa kesalahan yang mereka perbuat, maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata.”
Aisyah terkaku, namun dia tidak mahu mengeruhkan keadaan lantas berkata,
“Maafkan saya, rasanya sejak tadi keberadaan saya di sini. Adalah lebih baik saya meminta diri untuk beredar. Lagipun ada hal yang perlu saya urus lagi selepas ini”
Julia sekadar mencebik, tanpa berkata apa-apa. Sikap sombongnya itu menyebabkan fariz berasa malu kerana perlakuan wanita itu kepada Aisyah. Sikap sombongnya itu telah merendahkan harga dirinya sendiri.
Allah berfirman dalam surah An-Nisaa : 173
Adapun orang-orang yang beriman dan berbuat amal soleh, maka Allah akan menyempurnakan pahala mereka dan menambah untuk mereka sebagian dari kurnia-Nya. Adapun orang-orang yang enggan dan menyombongkan diri, maka Allah akan menyiksa mereka dengan siksaan yang pedih, dan mereka tidak akan memperoleh bagi diri mereka, pelindung dan penolong selain dari pada Allah.
Tangan Julia memaut lengan Fariz, menunjukkan aksi manjanya di hadapan Aisyah..
Aisyah berasa malu melihat situasi di hadapannya. Lantas meminta diri untuk beredar meskipun jabat tangannya tidak bersambut oleh Julia.
Tidak di nafikan Penampilan Julia yang elegent dan kecantikan yang di miliki olehnya merupakan satu package sehinggakan mampu mencairkan hati mana-mana lelaki yang berada di sisinya.
Ketika hendak melakukan pembayaran di kaunter, aku mengelamun seketika..
“Tak sangka dia telah banyak berubah” monologku sendiri…
**********************************************************************************
Setibanya di rumah, Aisyah mengangkat barang-barang dapur yang telah beli tadi. Dia memulas tombol pintu utama rumah. Rupanya pintu tidak terkunci..
“Dia dah pulang ke?” fikiranku berbicara sendiri…
Aisyah melihat jam tangannya, jam baru menunjukkan pukul  12 tengah hari.
“Awal pula dia pulang, semalam…entah pukul berapa dia pulang. Aku langsung tidak tahu.” Bicaraku sendiri..
“Alamak, aku belum memasak lagi ni…”
Aisyah menguak pintunya perlahan-lahan. Suasana rumah begitu sunyi. Lelah masih berbaki,
Aisyah lantas menaiki tangga untuk menukar persalinan. Apabila pintu biliknya hendak di tolak, tiba-tiba nalurinya ingin tahu, keberadaan suaminya. Sejak dari tadi tidak kelihatan sedangkan rumah tidak terkunci.
Aisyah membuka pintu bilik sebelah, alangkah terkejutnya dia apabila melihat seorang wanita sedang duduk di atas katil milik suaminya. Dia mencari-cari kelibat sang suami, di amatinya telinganya ke pintu bilik air. Kedengaran bunyi shower di tutup lantas pintu bilik mandi di kuak. Suaminya kini keluar dari bilik mandi dengan hanya memakai tuala mandi membaluti diri..
Astagfirullahaladzim…Suara Aisyah sekadar timbul tenggelam.
Air suam mula membasahi pipinya…
Dia tidak menyangka, suaminya sanggup melakukan kerja terkutuk itu..
Surah Al- Israa : 32
Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk.
Aisyah berlari menuju ke biliknya, sambil menangis semahunya di atas katil. Terasa tahap kesabarannya sudah tiada lagi. Terasa diri di aniaya. Hari ini juga aku akan keluar dari rumah ini..Nekadnya dalam hati…
Suraya tersenyum puas kerana perangkap mengena. Akhirnya, tiada lagi batu penghalang antara dia dan Arif.
Sememangnya Suraya telah merancang semua ini. Baginya, kegagalan dia memiliki Risyam terbalas apabila berjaya memporak perandakan rumah tangga Risyam.

"Kalau aku tidak dapat memiliki Arif, bermakna kau juga takkan dapat memiliki dia". Bicara sinis Suraya dalam hati. 
Dia telah lama menyimpan perasaan pada Arif. Namun, cintanya tidak berbalas. Apa yang lebih menyakitkan hatinya apabila menerima perkhabaran bahawa lelaki yang di cintainya itu menikahi seorang gadis kampung yang tak punya apa-apa.
Arif yang masih terpinga-pinga lantas mengejar Aisyah. Namun pintu bilik isterinya itu terkatup rapat dan berkunci.
“Aisyah, buka pintu ni..ini semua salah faham”. Biar abang jelaskan..
“Kali pertama, suaminya menggelarkan dirinya sebagai ‘Abang’”
Beberapa minit kemudian, pintu bilik Aisyah terbuka. Aisyah keluar dengan mata yang sembab.
Seperti orang yang tiada hala tuju. Dia menyalami suaminya, mencium tangan insan yang di anggapnya sebagai pelindung dalam rumah tangga mereka. Namun harapannya  punah melihat peristiwa sebentar tadi.
“Aisyah, please…..dengar dulu penjelasan abang”
Aaiiiisyaaahhh…
Beg roda yang berisi pakaian kini di usungnya menuruni tangga. Keluar dari rumah tanpa berkata apa.
Aku tahu, perbuatanku keluar dari rumah ini salah. Statusku sebagai ‘Isteri’ tidak memungkin aku untuk melakukan perkara ini yang di anggap sebagai “Nusyuz” di sisi agama. Namun apalah ertinya keberadaanku di sini andai hatiku terluka seperti opera yang di jadikan bahan ketawa oleh para penonton.
Meskipun fizikalnya kelihatan sihat, namun hatinya cukup terluka. Aisyah mengambil keputusan untuk pulang ke kampung. Aisyah telah menghubungi Teksi ketika mengemas pakaian-pakaiannya tadi.
Teksi kini telah tiba.
Arif tidak mampu berbuat apa-apa lagi..
Hendak di kejar, namun tuala mandi yang membaluti dirinya membatasi pergerakannya.
Amarah Arif semakin membuak terhadap suraya.
Langkah di hayun menaiki tangga, lantas membentak…
“Heiiiiiii suraya, You buat apa di bilik I ni hah!!” bentak Arif..
Sajaaaaa, I nak ajak U lunch tadi. I singgahlah rumah U, bila I sampai depan pintu utama rumah. I tengok pintu rumah tak berkunci..jadi I masuklah…I panggil-panggil nama U, tapi takda yang jawab..
I naik tangga, masuk bilik U. sementara tunggu U keluar dari bilik mandi, I duduklah atas katil U. takkan tu pun tak boleh??
“Kau tahu tak, kerana tindakan bo*** kau ni, menyebabkan  rumah tangga aku dah jadi porak-peranda…”
Opsss…sorry, “Suraya berpura-pura berasa bersalah”
Dahlah…kau keluar dari rumah aku sekarang. Aku taknak tengok muka kau lagiiiiii….
Tapi Arifffff……..
“Aku kata keluar, keluarlah….kau tak faham bahasa ka???”
Hmmm,Ok.. I keluar…
************************************************************************************
Telah genap sebulan Aisyah duduk di kampung. Ibu dan Ayahnya tertanya-tanya, kenapa anak mereka itu tiba-tiba sahaja pulang ke kampung tanpa bersama dengan menantu mereka.
Apabila Aisyah di tanya, aisyah enggan menjawab malah tabiat baru yang diciptanya sekarang banyak termenung dan mengurungkan diri di bilik!
Kedengaran butir bicara Aiman seakan tidak berpuas hati.
“Asyik-asyik salah Aiman, asyik-asyik salahkan Aiman. Rungut Aiman seorang diri”
“kenapa takda yang nak faham perasaan Aiman ni?”
Aisyah yang kebetulan berada di situ mendekati Aiman sambil tersenyum mendengar rungutan anak buahnya yang berusia  5 tahun. Perlahan Aisyah duduk di sebelah anak sulung abang longnya itu.
Aisyah memulakan bicara, Aiman tahu tak Nabi Muhammad berpesan :
“ Bukan dari kalangan umatku yang sempurna, orang yang tidak mengasihi yang kecil dari kalangan kami dan tidak mengenal kemuliaan orang yang lebih tua di kalangan kami” (Hadis riwayat Abu Daud dan Tarmizi)
Aiman tak fahamlah Acik (makcik). Boleh tak acik terangkan? Tanya Aiman kepada Aisyah.
Aisyah mula menguntum senyuman kerana berjaya menarik perhatian Aiman. Aiman sememangnya anak yang baik. Mindanya selalu terbuka untuk mempelajari ilmu yang baru.
“Maksudnya, Rasulullah menyeru umatnya supaya saling menyanyangi orang yang lebih muda dari kita dan menghormati  orang yang lebih tua dari kita. Terang Aisayh..”
Jadi?? Soal Aiman…
Tadi Acik nampak Aiman merungut..mesti pasal???? Soal Aisyah menduga..
“Alaa, ni semua salah adik..Abang tak salah. Sebab adik, abang dah kena marah dengan ummi” sampuk Aiman..
Jadinya, Aiman bolehlah kaitkan dengan apa yang Acik cakap tadi. Balas Aisyah lembut.
“Rasulullah berpesan erk Acik?? Soal Aiman”
Aisyah hanya tersenyum, dia tahu Aiman sedang berusaha menggabungkan ilmu yang di sampaikan tadi dengan situasi yang di alaminya. Setelah lama terdiam, Aiman bersuara semula…
“Jadi, Aiman kena kasihi Adik? Dan hormati Ummi dan walid??”
“Anta syatir (awak pintar)...Balas Aisyah..”
Kelihatan Aiman tersengih-sengih mendengar pujian. Tiba-tiba anak kecil itu bangun dari tempat duduknya….
“Aiman nak ke mana tu? Soal Aisyah”
“Acikk, Aiman nak pergi minta maaf dengan adik. Bisiknya perlahan……”
Aisyah tersenyum. Hatinya berasa kagum dengan sifat anak buahnya itu. Mudah dan cepat menerima nasihat dan tunjuk ajar.
***********************************************************************************
Telah 4 bulan  Aisyah membawa diri ke kampung..Suaminya langsung tak pernah menghubungi atau cuba memujuknya..
“Apakah dia lupa padaku??” getus hatiku…
Kelihatan sebuah kereta parkir di halaman rumah Aisyah. Aisyah mula tertanya-tanya siapakah gerangannya pemilik kereta ini. Sambil menjengah, secara sembunyi-sembunyi di balik tabir rupa-rupanya ibunya sedang melihat kelakuannya sejak tadi..
“Ehem..ehem, Aisyah tengok apa tu?”
Hah..hah?? Aisyah terkejut dengan sapaan ibunya. Dia berpura-pura membetulkan langsir tingkap rumahnya. Ermm, ni ibu… langsir tingkap rumah ni dah lusuh, patutnya kena tukar dah ni..
“Aisyahhhh,ibu menggeleng-gelengkan kepala..”
Kan baru seminggu yang lalu ibu tukar langsir tu..Takkan kau tak ingat? Tulah, ibu dah kata.. kalau dah rindu sangat dengan suami tu ‘pulanglah’…
“ini tak, layan sangat ego tu..hah, diri sendiri yang merana”
Aku yang malas mendengar celoteh ibu, terus berlalu ke bilik…
“Assala’mualaikum” kedengaran suara memberi salam di depan pintu…
“Wa’alaikumsalam” jawab Ibu…
Ya Allah, nak Arif rupanya. Masuklah..pelawa ibu..
“Ibu sedikit terkejut apabila menantunya itu membawa seorang wanita yang penampilannya seperti orang bandar. Ada kesan parut di dahi wanita tersebut”
Arif menyalami tangan ibu mertuanya..lantas mereka pun duduk.
“Ibuuu..ayah pergi mana??” soal Arif..
Ayah kamu pergi ke ladang. Kejap lagi baliklah tu…jawab ibu lembut..
Ohhh ya, kenalkan ibu, ini suraya…
Errr suraya, ini ibu mertua saya…
Mereka lantas bersalaman.
“Aisyah mana Ibu? Sunyi sepi saja rumah ni?” Arif bertanya lagi..Terasa rindu pada isterinya itu, bukan tak ingin menjenguknya di kampung tetapi banyak kerja yang perlu diselesaikannya di bandar.
Hah, Aisyah ada dalam bilik dia tu, sejak dia balik hari tu dia banyak berdiam, mengurung diri dalam bilik. Bila ibu dan ayah tanya, taknak pula dia jawab…
“Kamu berdua ni ada masalah ka Arif? Kalau iya pun bawa-bawa la berbincang”…kamu tu dah jadi suami isteri dah… nasihat ibu, kalau ada masalah janganlah di perpanjangkan..
“Iya ibu, Arif faham…Arif datang sini pun sebab nak bawa Aisyah pulang ke rumah kami sekaligus selesaikan masalah antara kami ni…”
 “Baguslah kalau macam tu, kejap ya nak Arif..Ibu panggil Aisyah keluar dulu”
Arif sekadar mengangguk-angguk..
“Assalamualaikum” ayah kini berada di hadapan pintu..
Arif lantas bangun dan bersalaman dengan ayahnya…
Bila Arif datang ni? Soal ayah..
Baru saja tadi ayah…Arif menguntum senyuman pada ayahnya..
Aisyah kini datang ke ruangan utama rumah. Wajahnya kelihatan cengkung mengusik pandangan Arif. Penyesalan terbit di hati Arif kerana membiarkan isterinya itu melalui detik-detik yang getir seorang diri…
Aisyah menghulurkan tangan untuk menyalami suaminya. Lantas duduk bersebelahan dengan ibunya.
“Arif datang sini sebab nak jernihkan kembali hubungan kita.  Apa yang Aisyah nampak hari tu Cuma salah faham..” Arif cuba berdiplomasi dengan Aisyah.

Aisyah hanya berdiam diri...
Arif bawa suraya ke sini supaya kekalutan yang berlaku selama ini dapat di rungkaikan. Tolonglah Aisyah, dengar dahulu penjelasan kami.
Surayaaaa,
Arif memberi isyarat kepada suraya agar dia memberi penjelasan yang sebenarnya..
Suasana rumah menjadi sepi dan menanti butir bicara dari Suraya.
Kelihatan suraya, lama berdiam diri..seolah-olah mulutnya terkunci, butir bicara yang di nanti ibarat sukar untuk di luah..
“Aaiiyysssaaahh, aaakkuuu..akuuuu minta maaf”. Sebenarnya tiada apa-apa yang berlaku antara Arif dan aku tempoh hari. Itu semua salah faham.. Aku cemburu dengan kau kerana kau telah merampas Arif dari aku. Aku cintakan dia, aku ingat aku akan memiliki dia suatu hari nanti. Tapi ternyata sangkaan aku silap.”
“Aku akui, aku pernah bomohkan Arif supaya rumahtangga kamu berpecah belah. Tapi semuanya menemui kegagalan”
Arif memilih kau, bukan aku.. Aku berusaha untuk memisahkan kamu.
Sehinggalah satu hari, aku mengalami kemalangan. Aku koma selama sebulan. Aku dah Insaf Aisyah. Aku terhutang nyawa dengan Arif. Dia yang telah mendermakan darah buat aku.Ketika kemalangan, aku kehilangan banyak darah. Syukurlah Allah masih memberi peluang kepada aku untuk menebus segala kesilapan yang telah aku lakukan pada kau dan Arif. Ketika dalam koma, Allah membuka hijabnya. Allah Memperlihatkan kepadaku akan Seksaan yang amat pedih. Aku takut Aisyah. Aku tak mahu mati dalam kekufuran. Tolong maafkan aku..Rayu suraya...
Suraya Kini menangis semahunya di hadapan aisyah sekeluarga. Tiada lagi rasa malu timbul fikirannya untuk meraih secebis kemaafaan.
“Kalau Aisyah mahu, Suraya sanggup sujud di kaki Aisyah asalkan Aisyah mahu memaafkan Suraya.” Pinta Suraya.
Aisyah terkejut mendengar pengakuan suraya..
Astagfirullahaladzim.. Ayah Aisyah terkejut dengan kata-kata yang suraya lantunkan sebentar tadi.
“Aku bukan Tuhan, untuk kau sujud di kakiku”… lancar Aisyah membiaskan hujahnya..
 Aisyah seperti sukar untuk menerima atas apa yang telah berlaku.
“Aisyah memandang tirai jendela yang terbuka. Melihat awan biru yang nun jauh di sana.
Ibunya mengelus-elus jari jemari Aisyah, dengan harapan anak perempuannya itu dapat bersabar. Ibunya menguntum senyuman lantas mengangguk. “Ikhlaskan saja anakku atas apa yang berlaku, mungkin ada hikmah di sebalik ujian ini..”
Aku melepaskan helaan nafas. Memejam mata buat seketika, lantas memandang ke wajah-wajah insan yang aku sayangi..
“Aisyah maafkan segala-galanya”..Aisyah pasrah atas apa yang berlaku..

Airmata jatuh membasahi pipi Aisyah..
Arif tersenyum dan kagum terhadap isterinya. Walaupun perkahwinan mereka bukan di dasari cinta. Namun melihat kepada keperibadian isterinya, dia kini telah jatuh cinta.
“Abang akan bahagiakan Aisyah hingga akhir hayat Abang, semoga sinar itu sentiasa menerangi kita”...monolog Arif.
***********************************************************************************
Suasana rumah begitu sunyi, hanya kicauan burung seolah-olah memahami kesepian yang melanda jiwa Aisyah. Aisyah berdiri di birai tabir sambil memandang panorama Alam yang indah. Subhanallah!
Tiba-tiba satu sapaan lembut merangkul pinggang Aisyah dari belakang.
“Uhibbuki Fillah hatta fii Jannah abadan abada Ya zaujati…”
Arif berbisik lembut ke telinga isterinya. Aisyah membalas dengan pelukan lantas tersenyum meleret. Kebahagiaan jelas terpancar di wajah masing-masing. Terima kasih Allah..Getus hati kecil Aisyah.
Firman Allah dalam surah Ibrahim : 7
Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih."