Sabtu, 24 September 2011

Wahai Hati Tabahlah Menerima Ujian.

Assalamu'alaikum

Bismillah wa syukrillah...

Bila bercerita tentang ujian, setiap daripada kita pasti akan di uji. Persoalannya kadangkala Sukar bagi kita untuk mendidik hati ini agar tidak merungut dan pasrah atas segala ketentuan yang telah di tetapkan.

~Hasbunallah Wani'mal Wakil~ "Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung" (Surah Ali Imran : 173)


 
"Jagalah Allah, nescaya engkau akan sentiasa mendapati-Nya di hadapanmu. Kenalilah Allah di waktu lapang nescaya Dia akan mengenalimu di saat kesulitan, ketahuilah bahawa apa yang berlaku ke atas diri kita telah di tetapkan "Luput dirimu" tidak akan pernah menimpamu dan apa yang telah di tetapkan menimpa ke atasmu tidak akan pernah "luput darimu".

"Ketahuilah bahawa kemenangan itu selalu mengiringi kesabaran, jalan keluar selalu mengiringi ujian dan kemudahan itu selalu mengiringi kesusahan" (Hadis Riwayat At-Tirmidzi).

Kepada insan-insan yang di uji, ikhlaskanlah hati untuk menghadapi segala ujian yang telah atau sedang berlaku ke atas kita..Hanya pada-Nya kita meminta pertolongan, Hanya pada-Nya jualah tempat kita berserah. Mungkin terselit kemanisan yang kita sendiri tidak sedari.

Mengingatkan peristiwa para sahabat nabi suatu ketika dulu, banyak yang boleh kita jadikan ikhtibar. Bila hati berasa sedih, jadikanlah doa dan zikir itu sebagai santapan hati dan pengubat jiwa yang lara..

Dari Abdul Abbas Abdullah Bin Abbas radiallahu Anha, beliau berkata :

Suatu hari aku berada di belakang Nabi saw lalu baginda bersabda,

"Jagalah Allah, nescaya Dia akan senantiasa menjagamu. Bila engkau meminta sesuatu, mintalah kepada Allah, dan bila engkau meminta pertolongan, mintalah pertolongan kepada Allah. Ketahuilah, jika semua umat manusia bersatu padu memberikan suatu kebaikan kepadamu, nescaya mereka tidak dapat melakukannya kecuali dengan sesuatu yang telah ditulis Allah bagimu, dan jika semua umat manusia bersatu padu mencelakakanmu, nescaya mereka tidak dapat mencelakakanmu kecuali dengan sesuatu yang telah ditulis oleh Allah bagimu."

Bersabarlah wahai hati yang di uji, cekalkan hati kerana sesungguhnya ujian Allah SWT itu tidak akan membebani hambaNya sesuai dengan kemampuan kita. Allah maha mengetahui apa yang terbaik buat kita..