Jumaat, 22 Julai 2011

Nilai Persahabatan

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum w.b.t

Entri kali ini berkaitan dengan sahabat. Sesuai dengan hidup kita seharian, sudah pasti semua dari kita ini mempunyai sahabat bukan? Sifat manusia yang ingin menyayangi serta di sayangi, ingin mengasihi dan di kasihi itu adalah fitrah kejadian. Naluri ini merupakan kurniaan dariNya. Namun perlu kita ingat, sesuatu yang sifatnya fitrah itu boleh bertukar menjadi Fitnah andai tiada pengawasan dan penjagaan yang sempurna berdasarkan apa yang telah dilandaskan oleh syarak.

Bila sebut sahaja fitrah dan fitnah, sebutan perkataannya lebih kurang kan? tapi hakikatnya maknanya jauh berbeza. Apabila fitnah berlaku, maka perbuatan ini sudah tidak lagi menjadi satu ibadah lantaran Allah tidak lagi di jadikan matlamat utama dalam kita menjalinkan ukhuwah. Ok, kembali kepada perkataan "Fitrah" itu tadi, maksud fitrah yang ingin saya nyatakan di sini adalah adalah fitrah "Persahabatan". Sahabat/rakan/kenalan/taulan adalah terma gantian yang ditujukan untuk seseorang individu yang begitu rapat dengan kita. Senang cerita, "Nilai Persahabatan" ini kita simpulkan sebagai satu konteks apabila susah, senang, suka mahupun duka, di rasai dan di kongsi bersama. Bak kata orang "Teman penghibur di kala duka, teman penyuntik semangat di kala derita, serta pelbagai lagi situasi yang menggambarkan kepentingan seseorang sahabat dalam kehidupan kita.



Bagaimana pula konsep fitrah "persahabatan" ini boleh bertukar menjadi "Fitnah"


Dalam hadis yang di riwayatkan oleh Imam Abdullah Bin Ahmad, al-Bazzar dan at-Thabrani,

Dari Ali bin Abi Thalib r.a, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Sesiapa senang untuk dipanjangkan umurnya dan diluaskan rezekinya serta di hindarkan dari kematian yang buruk maka hendaklah ia bertaqwa kepada Allah dan menyambung silaturrahim"

Silaturrahim itu sangat di tuntut dalam agama, namun kita perlu bijak mengimbangi fitrah persahabatan agar tidak bertukar kepada fitnah.  Fitnah boleh berlaku dalam persahabatan apabila :

~ Seseorang itu terlalu mengagung-agungkan sahabat yang di sukainya sehingga jika ada kelemahan yang ada pada saudaranya@ sahabat yang di kasihinya. Dia enggan menegur dan tetap menyatakan ianya tidak salah,

~ Apabila pemergiannya diratapi seolah-olah tidak dapat menerima takdir yang telah tertulis dalam Loh Mahfuz yang telah memisahkan mereka berdua,

~ Apabila dirinya sanggup berjanji untuk sehidup semati walaupun terpaksa mengorbankan tanggungjawab yang menjadi kepentingan sedangkan tiada siapa yang tahu bila dirinya akan di jemput illahi.

~ Apabila diri sanggup mempergunakan sahabat untuk kepentingan peribadi, seolah-olah sebagai alat permainan yang rendah harga dirinya. Serta bermacam-macam lagi. Nilai persahabatan tidak terletak semata-mata kepada kedudukan material, darjat. Ataupun kata-kata. Tetapi ianya lebih besar dari itu.

~ Apabila diri sanggup membenarkan segala yang di ungkap oleh sahabat kesayangannya sungguhpun apa yang telah dikatakan itu tidak benar dan dusta semata kerana ingin menjaga hati dan perasaan. Kononlah..hehe..

Hakikatnya keikhlasan itu datangnya dari hati yang Ikhlas, Tepuk dada tanya iman. Berusaha ke arah pelaksanaan positif yakni sejauh mana kita menjadikan ikatan ukhuwah itu sebagai suatu ikatan yang di redhai OlehNya. Bukan penilaian di mata kasar manusia (Masyarakat) sahaja. Tetapi kita harus fikir bagaimana pandangan Allah pada diri kita. Biasakanlah diri dengan kewajipan amar ma'ruf dan Nahi Mungkar.

Konsep "Hablum Min Allah wa Hablum Min An-nas" seringkali kita dengar dan mungkin kita boleh aplikasikan dalam sebuah persahabatan. Tindak Tanduk kita merupakan cerminan kepada pekerti kita sekaligus mempamerkan kasih sayang kita kepada Allah. Bersyukurlah kerana di kurniakan sahabat dan hargailah ia seadanya. Bukan bersifat bermuka-muka.

Mudah untuk melafazkan kata-kata keramat kepada seorang teman atau sahabat seperti "I love u", "rindu kamu" tapi adakah kita benar-benar menghadirkan rasa kasihNya dalam setiap amal perbuatan kita. Andai itu benar, Syukur Alhamdulillah. Bukan di dasari sifat kepura-puraan.

Bersederhanalah dalam persahabatan. Cukuplah Hati kita dan DIA yang tahu betapa kasih dan cintanya kita kepada sahabat. Jangan terlalu "Extreme" atau memuja sehinggakan perasaan mengagung-agungkan seseorang itu berlebihan. Tapi perlu di ingat, ikatan yang terlalu longgar sehingga menimbulkan istilah "Conditional Friendship" pun boleh menimbulkan masalah. Di takuti boleh memutuskan hubungan. Oleh itu, cara yang paling ampuh adalah bersifat sederhanalah dan mencari keredhaannya.

Ukhuwah Fillah dalam islam bukan seperti yang di gambarkan dalam cerita Jack dalam filem Titanic. "You jump, I jump" atau filem Romeo & Juliet yang sanggup bunuh diri sendiri dengan meminum racun semata-mata terlalu cinta akan orang disayanginya. Itu bukan sahabat namanya melainkan kerja yang sia-sia...

Tapi apa yang boleh kita lakukan adalah menjadikan tauladan kisah persaudaraan kaum muhajirin dan ansar yang bersatu demi menegakkan syiar. Nah! Konsep ini yang perlu kita terapkan dalam kehidupan kita.. Apa yang kita harapkan  rahmat Allah. Saling menyanyangi dan mendoakan kesejahteraan antara satu sama lain kerana rahmat Allah. Membantu menasihati antara satu sama lain kerana Allah. Bertemu dan berpisah kerana rahmat Allah. Alhamdulillah.

Biar jarak dan waktu memisah, Namun istilah noktah kasih itu tidak wujud. "Bila dua insan mencintai Illahi, bergabunglah jiwa bersatu hati, dua jiwa satu cinta, dua jasad satu matlamat, bila cinta kerana ALLAH, berpisahnya tidak gelisah. Bila rindunya kerana yang SATU, bertemunya pasti tidak jemu, ukhuwwah mahabbah itu indah bila bertemu dan berpisah hanya kerana ALLAH. Redha atas segala ketentuan saat gembira mahupun duka. Kongsilah bersama. Seseorang yang bersahabat semata-mata kerana ingin mendapat keredhaan ALLAH akan merasa ketenangan dan kemanisan dalam dirinya ketika beribadah dan segala rutin hariannya. Bersesuaian dengan sabda baginda Rasulullah S.A.W. Mafhumnya :

"Tiga perkara sesiapa yang terdapat tiga perkara itu dalam dirinya beliau akan mendapat kemanisan iman : Bahawa Allah dan rasulNya lebih ia kasihi daripada yang lain, bahawa beliau tidak mengasihi seseorang kecuali ALLAH, bahawa beliau benci kembali kepada kekufuran sebagaimana beliau benci dilontarkan ke dalam neraka"

"Mukmin terhadap Mukmin yang lain ibarat batu-bata binaan yang saling memperkukuhkan antara satu sama lain" (Hadis Riwayat Bukhari).

Dedikasi buat sahabatku "Ana Uhibbuki Fillah"

2 ulasan:

  1. Terharu membaca nilai persahabatan ni nurul tersentuh sangat sehingga yanti dapat muhasabahkan diri semula...i"allah semoga persahabatan yg d bina berlandaskan redha Allah ...amin.

    BalasPadam
  2. Amin...Semoga Ukhuwwah kita terjalin mendapat keberkatan dan keredhaan dari-Nya. ^_^

    BalasPadam