Isnin, 25 Julai 2011

Takdir Cinta Mardhiah

“Sesungguhnya wanita-wanita keji adalah untuk lelaki yang keji manakala lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula). Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik manakala lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)"….  [An-Nur : 26] 
Detik jam telah menunjukkan pukul 2.00 pagi, namun mata ku masih enggan untuk terlena. Aku memikirkan berulang kali kalimah itu. Cuba mendalami apa maksud yang tersirat di balik peringatan Sang Pencipta..Sebak rasa hati bila memikirkan, masih adakah insan yang sudi menerima diri ini seadanya. Sebagai hamba  tiap dari kita takkan mampu lari dari Ujian-Nya. Dan aku juga tidak terkecuali dari di uji oleh Nya.
Ketika fajar mula melabuhkan tirainya. Aku mengamati suasana luar rumah. Melihat anak-anak kecil berkejar-kejaran dengan gelak tawa sesama mereka.
Assalamualaikum, Ainul Mardhiah binti Yusof..Amboi…Lama tidak nampak? Termenung jauh pula tuu? Sapa Noryanti. Zainuddin, Classmate yang paling rapat dengan  aku semasa di tingkatan 1 hinggalah sekarang.. Aku yang sedang duduk di beranda rumah berpaling ke arah suara yang menegur.
Laaaa yantiiiii! Aku ingatkan siapa tadi. Lantas aku menuruni tangga dan salam peluk cium dengan sahabat karib yang telah lama tak jumpa. Kau apa khabar? Apasal tak bagitau aku, yang kau balik kampung hah? Belum sempat yanti menjawab pertanyaanku, aku dah potong line.. Eh Singgahlah rumah ku kejap, dah lama tak borak kan?  Lagipun bukan selalu dapat jumpa Yanti..
Ehem-ehem..Wah kau semakin cantik sekarang Dhiah.  Baru kini Yanti berpeluang untuk menyapa aku dengan soalan yang berbasa-basi. Aku hanya tersenyum, ada-ada saja kau ni Yanti..Sindir aku ka?  Aku mempelawa Yanti mengunjungi teratakku. Jom naik rumah dulu Yanti. Sambil memaut lengan yanti.  Tak best borak sambil berdiri. Kita sembang di atas jak la..jom..Hmm “Baiklah, tapi aku nak singgah kejap jak  ni”.. “ ada perkara lain nak urus lagi”..Aku lantas mengangguk sambil mengiringi langkahnya menuju ke tangga rumah ku.
Langkah demi langkah di atur lantas Yanti duduk di sofa ruang tamu. Aku ke dapur seketika, membancuh air, dan mendapatkan kuih untuk dihidangkan. Yanti  memecah kesunyian rumah dengan pertanyaannya “ Sunyi rumahmu Dhiah? Mana orang rumah?”
Jawabku.. Ohh lupa nak bagitau kau, Ummi dengan Walid pergi KL. Ziarah akak aku, sebab akak aku baru lepas bersalin. Yanti mengangguk-angguk seakan mengerti  keadaan. “Ohh macam tuu…”, hah tengok tu akak kau dah ada anak. Kau pula bila lagi? Takkan tak terlintas pun di fikiranmu nak berumah tangga kan?kan?. Yanti mengusikku..
Aku sedikit terpukul dengan kata-kata Yanti sebentar tadi. Namun, aku cuba berlagak tenang.. Hmm, InsyaAllah..ada  Jodoh buatku, aku kahwinlah. Heee, cuma…..Hmm, biarlah masa yang menentukan semuanya..Doakan aku ya makcik Yanti..hehe,  
Senyuman tetap ku ukir, walaupun pertanyaannya sebentar tadi sedikit terkesan di hati.  Aku akui, wanita-wanita sebaya ku ramai sudah berkahwin dan mempunyai anak. Desis hatiku, Allah tahu apa yang terbaik buat hambaNya..
Yanti memecah kesunyian dengan pertanyaannya.. Dhiah, aku ni bukan apa..Tapi umur kita ni makin meningkat, kawan-kawan seangkatan pun dah ramai yang berumah tangga. Termasuklah aku, ehem-ehem..Bakal-bakal juga ni! hehe.. Aku datang ni pun sebab nak jemput kau datang ke walimah aku pada 17 April ni, lantas Yanti menyerahkan kad wanginya kepada aku. Aku tersenyum,desis hatiku berbicara “ tak sangka.. Kawan yang duduk sebelah dengannya ketika tingkatan 6 dulu, bakal menjadi suri dalam rumah tangganya”. Aku membuka lantas membaca, terpampang nama “Muhammad Hafizi”  bakal suami Yanti!
Lantas aku menutup kad jemputan itu, sambil melirikkan senyuman ke arah Yanti. “Tahniah ya Yanti, tak lama lagi kau bakal bergelar Isteri.” Aku pun tumpang gembira..Jadi isteri yang solehah tau…Kelihatan Yanti tersipu malu mendengar nasihat percuma dariku, InsyaAllah katanya.
Yanti meminta diri untuk pulang, kerana senja mula melabuhkan tirainya. Sebelum menuruni tangga, Yanti sempat berpesan “Dhiah, Kau kena datang tau walimah aku nanti..jangan tak datang plak”. Aku sekadar mengangguk sambil melambai-lambai ke arahnya.
Malam itu aku membelek-belek buku “Muslimah”. Baru berapa helai ku belek, aku pun menutup buku tersebut. Kemudian  mula memikirkan nasib diriku, adakah aku juga layak untuk dimiliki dan di kasihi seperti yang di kecapi orang lain. Aku melihat, situasi hari ini. Kaum lelaki lebih memandang gadis jelita menjadi pilihan hati, lentok manja ala gedik-gedik menjadi buruan sang pencinta. Tapi hakikatnya pada zaman rasulullah SAW , kecantikan itu bukanlah ukuran. Lihat sahaja Hamba Allah yang bernama Bilal Bin Rabah. Hamba sahaya kepada Umayyah bin Khalaf yang hitam legam, tetapi imannya cukup utuh terhadap kecintaannya kepada Islam kerana nilai kecantikan itu terletak pada akhlaknya bukan paras rupa.
“Sesungguhnya, kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya"
 [At-Tin 95:4]
Hakikatnya yang membezakan setiap manusia itu di sisi Allah adalah Takwa.
“Hai anak Adam , sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada mu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.” [Surah Al A’raaf : 26]
Ya Allah, aku bersyukur dengan nikmat yang Engkau berikan kepadaku. Teguhkanlah imanku agar hambamu ini sentiasa bermunajat kepada-Mu. Selesai menunaikan solat tahajud, aku duduk berteleku di sejadah.  Berzikir dan bermunajat Kepada-Nya. Dengan ini aku merasakan lebih tenang, kerana kasih Kepada-Nya tiada penghujung. “Cintakan Bunga akan layu, Cintakan Manusia akan mati tetapi Cinta kepada Allah akan kekal abadi.
 “Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhan mu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepada mu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” [Surah Ibrahim 14 :7]
Aku bermonolog sendiri. Sungguhpun aku tidak sejelita gadis lain, tidak berharta, bukan lahir dari keluarga bangsawan namun aku bersyukur kerana di lahirkan dalam keluarga yang sederhana ini. Dari kecil, mereka mendidikku dengan berbekalkan ilmu agama sungguhpun ilmu agama ku tidaklah seberapa mantap namun aku tahu tentang sedikit sebanyak tentang tuntutan agama.
Aku membelek-belek album keluargaku.  Dari zaman kecil hinggalah dewasa. Tidak banyak yang berubah. Kalau ada pun Cuma usia yang semakin bertambah. Aku mempunyai seorang kakak dan dua orang abang. Aku merupakan anak bongsu dalam keluarga.
Usia ku yang menjangkau 28 tahun menggusarkan hati Ummi. Ummi selalu meleter tanya itu dan ini. Dalam usia sebegini aku sibukkan diri dengan melayan teletah anak-anak di sebuah Sekolah Taska berdekatan dengan kampungku. “Sekolah Taska Nurul iman”.. Kanak-kanak yang bersekolah adalah dalam lingkungan umur 4-6 tahun.  Gaji yang aku peroleh sebenarnya lebih dari mencukupi buat diriku kerana aku hanya tinggal di Rumah sewa kampung. Kos sara hidup tidaklah terlalu tinggi sebab kongsi bayaran dengan housemate lain..
Orang kampungku sibuk bertanya, Dhiah..bila nak naik pelamin? Ni yang aku tak suka bila aku pulang kampung pada hujung minggu! Ada saja yang  tak best yang ku dengar...
“Tak lama kau ni jadi Andartu lah nanti! Fuh!, ayat paling Hot yang sering kali kena batang hidung sendiri”…Eiiiiiiii….
Kata-kata menyakitkan yang membingitkan lagi telinga ni. Aku pun dah cukup masak dengan perangai orang kampung yang suka membawa mulut. Tapi mujurlah kakak ku memahami aku. Ummi pula sedang sibuk nak carikan jodoh buat aku. Walid juga seperti kakak, mereka faham situasi yang aku alami dan mereka tidak sama sekali mendesak aku dalam urusan mencari jodoh.
Mungkin juga, penampilan ku yang tidak mengikut arus semasa menyebabkan aku bukan menjadi pilihan sang lelaki. Tetapi aku tidak menjadikan penampilan ku sebagai penyebab utama kepada jodoh yang belum bertandang.
Dhiah, aku tengok kau ni ada rupa sebenarnya. Cuma kau kurang bergaul dengan orang di persekitaran.. Kata-kata Zulkifli  aku terima. Namun, aku enggan membahaskan dengan lebih lanjut.  Zulkifli kelihatan seperti menanti respon dari ku, tetapi aku hanya berdiam diri dan berpura-pura sibuk kemaskan  fail di atas meja ku. Desis hatiku menyatakan, Ustaz pun pandai mengomel pasal ketrampilanku.“Caring juga dia ni”..hehe, aku ketawa dalam hati.
Zulkifli merupakan Anak kepada Ustaz Hassan,  pemilik Taska ini. Bekas penuntut Universiti Al-Azhar Mesir dalam jurusan pengajian Usuluddin.. Zulkifli sering datang ke Taska ini pada hari Jumaat. Kadangkala aku hairan, seorang lelaki yang berpangkat  penolong pengarah kanan, Jabatan Agama Islam, Kota Kinabalu.  Pendapatannya pun cukup stabil apatah lagi dengan kelulusan yang di milikinya  tetapi tetap setia dengan khidmatnya pada Taska ini. Setiap hari Jumaat, selepas Solat Jumaat Zulkifli sering singgah ke Taska “Nurul Iman”.. Takkan dia nak jadi ustaz yang mengajar di Taska ini? Ishh, hatiku mula membuat spekulasi sendiri.
Tiba-tiba telefon bimbit aku berbunyi, nada dering “Maher Zain : For The Rest Of My Life” ……
Aku mencapai beg tanganku, lantas melihat Skrin telefonku. Terpampang perkataan “Ummi Calling…” di Skrin telefon.  Aku memulakan perbualan dengan Ummi,
“Assalamualaikum Ummi…Ummi apa khabar? Sihat?”
“Wa’alaikumsalam Dhiah, Ummi sihat saja..Dhiah bila nak pulang kampung ini? Ummi ada sesuatu nak bincang dengan Dhiah ni”….Getus Ummi..
Hmm…InsyaAllah Ahad ni Dhiah Pulang ya Ummi..Kenapa Ummi? Apa perkara yang nak di bincangkan tuuu? Penting sangat nampak? Aku ketawa mengusik Ummi d hujung talian..
A’ah penting sangat, soal Hidup Dhiah..Nada suara Ummi serius..Hmm, Kalau boleh, pulanglah awal ya sayang.
Uhukk, aku terbatuk mendengar kata-kata Ummi..Hati kecilku tertanya-tanya, apa pula kaitannya dengan soal hidup aku ni.. “Hmm tapi cepat-cepat cover..  Buat-buat muka tenang. .Cool gitu.
Baiklah Ummi, nanti Dhiah pulang juga..
“Ingat tau pesan Ummi, jangan lupa pula”
Iyaaa Ummi, Dhiah Ingat…
“Assalamualaikum” kata Ummi
“Wa’alaikumsalam Ummi” jawabku..
Kelihatan Zulkifli masih belum berganjak dari tempat duduknya di sofa pejabat tersebut, desis hatiku menyatakan “Jangan-jangan dia pasang telinga dengan perbualan ku dengan Ummi sebentar tadi”..Astagfirullahaladzim..Jangan prasangka buruk dengan orang lain. Aku mengingatkan diriku.
Firman Allah : “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari maklumat yang berupa sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa”. [surah al-Hujurat : 12].
Seperti yang di rancang, aku pulang ke kampung pada hari Ahad tersebut..
Ummi bertanya kepadaku, anak Ummi ni cuti berapa lama?
Hmm, kejap saja Ummi..Dhiah cuti dua hari saja. Hari tuu Ummi kata ada hal penting nak bincang kan?  Apa dia Ummi?
Ummi memimpin tangan ku ke ruang tamu rumah. Kelihatan Walid tengah membaca surat khabar di Sofa.  Ummi ni bukan apa Dhiah, Ummi risau tengok kau ni..  Kerja pun dah ada, umur pula makin meningkat.  Dhiah ni tak risau ka? Tak ingin berumah tangga?  Bertubi-tubi soalan ummi  menerobos ke arahku.. Adehh..Aku dah agak dah, Ummi memintaku pulang ke rumah untuk mendiskusikan soal jodoh buatku. Aku memegang jari jemari ummi, sambil mengucup tangan Ummi. Ummi jangan risau ya, InsyaAllah Jodoh Dhiah ada nanti. Cuma belum tiba masanya. Jawabku dengan nada tenang.
Ummi bukan apa Dhiah, Ummi ni nak juga timang cucu dari Dhiah sebelum menutup mata. Andai Dhiah tidak keberatan, Ummi dah ada calon buat Dhiah..Orangnya baik, sedap mata memandang, lepasan graduan Universiti Al-Azhar..Mak kepada lelaki tu kawan baik Ummi. Satu sekolah di SMK Kunak Jaya dulu..
Aduii..Ni bala ka atau hikmah ni. Ketika macam ni jugalah ummi mendiskusikan soal jodoh. Macamlah aku ni anak dara tak laku sangat. Uishh, buat apa nak pening kepala kn? Dah ummi nak tolong carikan tu kira bersyukurlah. Tapi…………… hurmm, ntah lelaki tu nak ke dekat aku ni.. Ishhh, aku kenal dia pun tak? tapi wajarkah aku terima?? Pelbagai persoalan menunjangi akalku ketika ini..Terima atau tak..terima atau tak? Terima? Tak? Terima? Tak?
Ehem..ehem..Ummi berdehem melihat aku kelihatan termenung jauh..
“Aiii cik adik sorang ni, belum apa-apa lagi dah jauh berangan ya? Diam tu tandanya setujulah tu kan?”
Aku tersedar dari lamunan panjangku…aduh, kenapa aku boleh sempat berangan plak tadi..kan tak pasal-pasal kena buah keras dari ummi.
Uhukk, sambil membetulkan posisi duduk.. “Ummi, mana yang baik pada Ummi maka baiklah pada Dhiah”..Spontan aku menjawab..
Ummi melirikkan senyuman..Walid yang sejak tadi duduk membaca surat khabar kelihatan terkejut dengan pernyataanku sebentar tadi.
Ummi yakin, Dhiah mesti setuju dengan pilihan Ummi ni..Kata Ummi.
Dan selepas beberapa minit aku menyampaikan penyataan tadi, baru aku mula berfikir.. “Aiii, biar betul tindakan aku ni”..Macam mana aku boleh beri keputusan dengan begitu cepat tadi..alamak!
Bila melihat Ummi meleretkan senyuman bahagia, terasa tidak sampai hati untuk menolak permintaan Ummi..Alaa biarlah..Lagipun tidak ada insan yang berkenan dengan aku buat masa ni. Mungkin juga jodoh pilihan keluarga ini adalah jodoh yang terbaik buatku. Getus hatiku.
Hari isnin menjelang, dan seperti biasa. Jadual mengajar aku cukup padat. Almaklumlah Taska ini kekurangan guru. Jadi tugas sedikit mencabar. Tapi setelah setahun mengajar di Taska ini aku mula menyesuaikan diri.
Hari-hari yang ku lalui sama setiap hari. Kadang kala aku menemani housemate ku membeli sedikit barang dapur di bandar.  Namun hari ini sedikit berbeza. Housemate aku tidak berapa sihat, suhu badannya panas. Keadaan cuaca yang tidak menentu memungkinkan “Azilah” berasa tidak sedap badan. Aku menemaninya ke klinik berdekatan. Setelah menghantar Azilah ke klinik, aku menghantarkannya ke rumah. Dia perlu rehat yang cukup dan doktor pun ada menyarankan agar Azilah berehat sahaja untuk dua tiga hari ni. Doktor juga ada memberikan surat cuti sakit selama tiga hari.
Kemudian, aku  menjenguk ke dapur. Kelihatan banyak barangan dapur yang berkurang.  Aku mencatat barangan keperluan yang perlu di beli. Takut lupa pula bila dah sampai kedai nanti. Kelihatan Azilah sedang lena tidur. Demamnya tak kebah lagi. Kesian dia.. Aku lantas mencapai kunci kereta dan beg tanganku. Destinasi utama “Pasar Raya Giant”.  Semalam aku baru terima gaji, hehe.. Dompet tidaklah seberapa tebal, tapi cukuplah untuk kegunaan seharian. Aku membaca senarai barang yang perlu ku beli. Setelah selesai, aku menuju ke kaunter pembayaran.
Cashier pun menjalankan tugasnya.. “Cik, jumlah semuanya RM105.80 Sen” Aku membuka beg tanganku. Mencari beg duit.. Alahai, mana pula beg duit aku ni. Takkan tiada?? Aku rasa aku letak dalam beg tangan ni tadi. Aduh, iskkk..mana ni?? Aku tertinggal beg duit ka ni? Monolog ku sendiri.
Tiba-tiba seseorang tampil ke hadapan cashier tersebut, menghulurkan not bernilai RM200. Aku terlopong? Siapa pula yang berlagak hero ni nak membantu aku? Uhukkkk, Ustaz Zulkifli? Macam mana dia boleh ada di sini juga? Getus hatiku berbicara sendiri. Aku yang masih Meraba-raba beg tangan ku lagak mencari beg duit yang sememangnya tiada dalam beg tangan ku. Iskk nama saja beg tangan besar, tapi isi? Aduh, aku juga yang silap. Benda penting boleh pula tertinggal.
Aku senyum kelat pada ustaz Zulkifli. Sungguhpun pangkatnya yang selayaknya di panggil Ustaz, tapi aku kekok untuk menuturkannya. Mana tak nya, penampilannya yang simple kadang-kadang membuat orang keliru. Lagak tak seperti ustaz pun.
“Ainul Mardhiah…….”
Hah? Hah? Aku terpinga-pinga.. Ustaz Zulkifli tersenyum melihat scene ku sebentar tadi.
Saya dah bayar tadi.. Ustaz tersebut tidak banyak berkata. Hanya menguntum senyuman.
Perumpamaan orang-orang bijak pandai “ Orang yang banyak bercakap, banyak juga dustanya..”
Ohhhhh ya ka? Hmm, Terima kasih. Nanti saya pulangkan duit awak ya. Beg duit saya tertinggal di rumah..Iskkk, apasal aku ni macam cacing kepanasan saja..
Ustaz sekadar mengangguk, dan meminta diri untuk beredar.
Aku memasukkan barangan tadi ke dalam bonet kereta. Menyusuri jalan balik ke rumah sewa. Setibanya berdekatan dengan R & R , Tepi jalan. Kereta aku pula buat mogok.. Aduh, kenapalah hari ini, serba tak kena saja semuanya..Berkali-kali aku cuba start enjin..Tapi gagal.
Hurmmm, aku menggapai beg tanganku. Call walid la…? Lantas meneliti senarai contact di handsetku. Baru sahaja aku ingin menekan punat “Hijau untuk call”..Tiba-tiba ada kereta parkir di belakang kereta ku..
Susuk tubuh keluar dari perut kereta…Aiiiikk?? Ustaz ni lagi? Apasal asyik muka dia saja yang aku lihat hari ni. Dia ekori aku ka? Uhuk, perasaannya aku ni. Mula la aku ni buat spekulasi sendiri.
Hmm, kenapa ni Cik Ainul? Kereta rosak ka?
A’ah…aku menjawab sekadar berbasa-basi.
Biar saya tolong check,
Ustaz Zulkifli meneliti part-part dalam kereta ku. Sambil mengangguk-angguk.
Ustaz, kereta saya ada masalah apa ya? Aku kekok sebenarnya..lebih-lebih lagi berbicara dengan lelaki ajnabi dari jarak dekat.
Kereta Cik Ainul ini berlaku pemanasan lebih. Buka saja bonet hadapan ni, supaya enjin sejuk. Jangan sentuh penutup radiator ni yaa, tunggu radiator berhenti mengewap. Kemudian cik Ainul tunggu sekitar setengah jam lagi baru buka penutup dan tambah air. Tapi seandainya tidak boleh, lebih baik kita dapatkan bantuan mekanik
Aku sekadar mengangguk-angguk tanda setuju. Nasib baiklah hari ni cuti, kalau tak..entah macam manalah aku nak pergi ke Taska nanti.
Setelah lebih sejam menunggu, kereta ku gagal menunjukkan kesan positif. Ustaz Zulkifli telah mendapatkan bantuan dari mekanik berdekatan. Mekanik tersebut menyatakan, kereta ku perlu di bawa ke bengkel. Soal part-part kereta ni, bukan kemahiran aku dan semuanya aku serahkan pada Ustaz Zulkifli selaku pakar runding tidak berbayar.. hihihi,  
“Biar saya hantar awak pulang..” Ustaz Zulkifli menawarkan diri..
“Aku mengangguk tanda setuju”..
Ketika dalam kereta, kami tidak banyak berbual. Sekadar bertanya latar belakang keluarga. Sesekali Ustaz berseloroh denganku dengan pertanyaannya “Awak sudah kahwin?”..
Ishhh  mamat ni, mentang-mentanglah umur aku ni dah meningkat sesedap  lemak berkirim saja dia tanya soalan seprivasi itu. Aku menjawab “Belum”…sekadar berbasah-basi
Wah..Bolehlah saya masuk meminang kalau macam ni? Lagipun saya pun tiada calon lagi ni...Ustaz Zulkifli tersengih-sengih menayangkan sebaris giginya yang putih.
Eiii, Mengada-ngada juga ustaz sorang ni..Kata ustaz??Tapi kalau jadi suami aku pun, okey juga..haha, cukup package. Soleh, sedap mata memandang. Getus hatiku.
Astagfirullahal adzim..Apa yang aku cakap ni, nasib baik hanya kata hati. Buat malu saja kalau inilah yang ku luah pada ustaz Zulkifli. Mesti membulat mata ustaz tu kalau kata-kata ni yang aku tuturkan padanya.  Aku sekadar berdiam diri dan membiarkan selorohnya itu tidak bersambut..
Sesampai sahaja di rumah, aku bergegas menunaikan solat fardu maghrib. Masbuk! Tapi masih sempat.
Aku mengambil hasil lukisan anak murid ku. Dua hari yang lepas, aku meminta mereka melukis gambar keluarga mereka.  Tergelak melihat lukisan mereka, ada wajah bentuk macam kentang, lidi, bulat macam bola. Hehe, di warna dengan warna-warna yang garang pula tu.. Terhibur hati melihat coretan kata-kata pada lukisan mereka.
“Ini abang-abang saya, saya sayang abang-abang saya. Kulit abang-abang banyak gelap sebab itu saya warna wajah abang dengan warna gelap”……
~Karya jujur seorang kanak-kanak berusia 5tahun….
Pagi Jumaat, aku tiba sekitar pukul 7.15 Pagi ke Taska.
Tepat pukul 8.00 pagi aku melangkah menuju ke kelas. Murid-murid Taska berdiri dan memberi salam dengan lantunan suara yang berirama…
“Assala’mualaikum dan selamat pagi Ustazah”
Mereka sudah di biasakan supaya memanggil guru-guru di Taska ini dengan panggilan Ustazah. Sungguhpun aku kekok dengan panggilan itu, kerana berasa tidak layak mendapat jolokan panggilan Ustazah berikutan Ilmu agama yang tidak seberapa.
Dan adik “Umar” mengetuai murid-murid yang lain membaca doa belajar dan doa penerang hati.
Kemudian mereka semua duduk.
Hari ini, aku mendedahkan murid-muridku dengan kisah-kisah sirah Nabi. Hari ini aku menceritakan kisah sirah Nabi Junjungan mulia yakni Nabi Muhammad SAW. Adik-adik dalam kelas kelihatan memasang minat untuk mendengar..
Tiba-tiba,
Ustazahhh, tengok  Amirul ni… Dia kacau saya, Jerit farish.
Aku yang ketika itu, baru selesai bercerita berpaling ke arah Farish. Aku berjalan menuju ke tempat Amirul yang berada sebelah dengan Farish. Aku membisikkan sesuatu kepada Amirul. Tidak semena-mena wajah Amirul berubah pucat. Farish yang berada di sebelah Amirul kehairanan melihat wajah pucat  Amirul. Malah seluruh pelajar dalam kelas tutut berpandangan antara satu sama lain. Aku hanya tersenyum dan kemudian ke hadapan sambil memberi sedikit nota berkaitan peribadi Rasulullah di papan putih. Pelajar-pelajar menyalin nota yang ku berikan. Kelihatan Amirul hanya diam dan tekun menyalin nota. Selesai sahaja murid-murid menyalin nota, aku membuat satu pengumuman.
“Hari ini, Amirul nak mengucapkan sesuatu pada kita semua. Silakan Amirul, Umum aku di hadapan kelas”….
Amirul tunduk. Dia lama mengambil masa untuk bangun..
Amirul…Amirul…Muhammad Amirul Mu’min..Ulangku..
Perlahan Amirul bangun. Dia menghadapkan badannya ke arah Farish sambil menghulurkan tangannya.
Hmmm, Aaa kuu, Akuu..Aku mintak maaf Farish. Aku takkan ganggu kau lagi. Tolong maafkan aku. Kata Amirul dan seluruh pelajar dalam kelas menjadi saksi pengakuan luhur Amirul. Farish yang sememangnya seorang murid yang baik dan pemaaf menyambut huluran tangan kemaafan dari Amirul. Dan serentak dengan suasana itu, seluruh murid-murid dalam kelas bertepuk tangan. Seolah-olah meraih kemenangan dua musuh yang tidak jadi untuk berperang. Aku tersenyum melihat Scene sebentar tadi, sambil tersenyum “Syukur Alhamdulillah” lafaz syukur dalam hati.
Kriiiiinggggggggggg..Bunyi lonceng menandakan waktu rehat. Murid-murid perlu melaksanakan tuntutan perut.  semua berdiri dan memberi salam kepadaku. Lantas aku, keluar kelas.
“Apa yang Ustazah Dhiah bisik dekat kau tadi hah? Tanya Farish sewaktu mereka duduk di kerusi taman permainan berdekatan Taska. Sambil mereka beramai-ramai membuka bekal masing-masing.
A’ah kan, apa yang Ustazah cakap Tadi? Ulang Aqeem.
Rakan-rakan sekelas lain turut mengiyakan pertanyaan dua sahabat tadi. Wajah Amirul tiba-tiba berubah. Dia menghabiskan makanan yang berada di dalam mulutnya. Namun kawan-kawannya setia menanti butir bicara dari Amirul.
“Ustazah kata, Allah memakbulkan doa bagi orang-orang yang di zalimi. Tadi aku dah kira menzalimi Farish. Ustazah kata, nanti Farish doakan aku tak dapat nombor satu. Mami dengan Dady aku ada bagitau, kalau aku dapat nombor satu dalam kelas, mereka nak bawa aku jalan-jalan ke Genting Highland..”
Hah!! Betul ka? Alamak!! Aku selalu buat jahat dengan adik aku. Kira aku dah menzalimi dialah ni? Habislah aku….Kata Aqeem tiba-tiba…
Jadi kenalah minta maaf cepat-cepat ya, sampukku dari belakang…
Semua pelajar terkejut dengan kedatanganku. Aku hanya meleret senyuman.
Semua pelajar tersengih menyambut kedatangan aku di situ.
“Murid-murid kena ingat, Jika kita buat salah..Kita kena minta maaf tau. Andai tiba-tiba kita meninggal dunia sebelum sempat minta maaf dan orang itu memaafkan kita. Kita dikira berdosa. Samalah juga seperti   menzalimi orang lain. Perbuatan itu, Allah tidak suka. Nabi Muhammad pernah berpesan:
“Dan takutlah engkau dengan doa-doa orang yang di zalimi, sebab antara doa itu dengan Allah tidak ada hijab yang menghalang”… (Hadis Riwayat Bukhari dan muslim).
Tapi sungguhpun Allah memakbulkan doa-doa orang yang di zalimi, jangan pula bila kita di zalimi kita mendoakan yang bukan-bukan untuk orang yang menzalimi kita ya. Lebih baik kita memaafkan. Sifat pemaaf itu kan salah satu dari sifat Rasulullah. Lagipun Allah sayang ada hambanya yang pemaaf. Sepertimana dalam dalam : firman Allah dalam surah Ali Imran, ayat 132
“Dan orang-orang yang menahan amarahnya, dan memaafkan orang lain, Allah mencintai orang yang berbuat kebajikan, sambungku lagi..
Abis tuu, kenapa Ustazah kata Farish doakan yang saya tidak akan dapat nombor satu? Aju Amirul tiba-tiba…….
“Sebab Ustazah kenal dengan Farish. Dia seorang yang pemaaf. Jadi Ustazah sengaja ugut Amirul begitu. Balasku spontan”..
“Betul ni Farish, kau tak doakan aku supaya tidak dapat nombor satu tadi? Tanya Amirul”
Farish hanya mengangguk kecil.
“Macam mana ustazah tahu yang family Amirul nak bawa Amirul pergi melancong ke Genting Highland kalau Amirul dapat nombor satu?”
Ibu kamu pernah beritahu dengan Ustazah. Ustazah pernah berbual dengan Ibu kamu. Terangku..
Amirul kelihatan tunduk dan tersenyum malu..
 Apabila aku sampai di meja bilik guru. Aku meletakkan fail-fail butiran pelajar di atas meja. Kelihatan satu surat bersampul coklat terletak kemas di atas meja ku. Tertera namaku di hadapan sampul surat itu.
Kepada : Ainul Mardhiah Binti Yusof
Aku lantas membuka sampul surat tersebut,   ------------->.
“Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Pertama kali ….Ke hadapan  Ainul Mardhiah… Saat awak membaca surat ini, saya harap awak tidak terkejut dengan pernyataan yang bakal saya berikan ni. Pernah terdetik di hati saya untuk mengkhitbah awak melalui orang tengah. Namun, diri ini masih tertanya-tanya adakah hati Ainul sudah di punyai insan lain. Selalu saya berdoa agar ditemukan dengan seorang perempuan solehah yang hatinya berpegang teguh pada tali agama dan adab. Walaupun doa itu sekadar bisikan hati nurani yang lahir dari hati nan kecil ini namun selalu saya panjatkan kepada yang maha Esa, barangkali dengan secebis doa itu juga Allah memperkenankan doa saya.  Kali pertama saya melihat awak bertugas sebagai ustazah di taska ini, hati saya mula terpaut dengan keperibadian Ainul. Perasaan ini bukan di tunjangi nafsu semata melainkan fitrah manusia yang mudah tertarik dengan sesuatu yang indah. Saudari jangan pesimis dengan kata-kata saya,  Doa saya agar Allah tidak membolak-balikkan hati saya dari mengingati kepadaNya. Solat hajat dan istikharah telah saya lakukan, sungguhpun tidak mendapat petanda, tapi hati saya kuat menyatakan bahawa awaklah insan yang saya cari. Dalam diam, saya meminati saudari. Sungguh, saya tidak pandai bermadah dan menulis retorik yang indah.  Namun saya mengharapkan respon dari saudari Ainul. Semoga kita senantiasa di bawah naunganNya. InsyaAllah”……..
Insan kerdil yang mendambakan keredaanNya,
Zulkifli.
Aku memasukkan kembali surat itu ke dalam sampul. Apa benar Ustaz ingin mengkhitbah aku? Kenapa aku yang menjadi pilihannya. Sedangkan dia cukup package yang menjadi idaman para Muslimah. Ya Allah, adakah selayaknya hambamu ini menerima kasihnya.
Sekembalinya aku ke Taska, aku melepaskan lelah untuk seketika di depan TV. Kemudian menunaikan solat fardu Asar. Letih tetapi berbaloi. Selepas habis mengajar. Kami di minta mengadakan mesyuarat tergempar. Aku duduk di sofa ruang tamu, sambil membuka Laptopku.. Aku melawati dengan KLIK Video clip islamic di Youtube, menghayati Video Clip "Jika aku jatuh cinta"....sebuah adaptasi dari puisi,
Ya Allah jika aku jatuh cinta,
Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu,
Agar bertambah kekuatan ku mencintai-Mu..
Ya Muhaimin jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hati
Seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu.

Ya Rabbana jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku agar tidak berpaling daripada hati-Mu.

Ya Rabbul Izzati jika aku rindu,
Rindukanlah aku pada seseorang
Yang merindui syahid di jalan-Mu.

Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,
Jangan kenikmatan itu melebihi
Kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhir-Mu.

Ya Allah jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu,
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh
Dalam perjalanan jauh menyeru manusia kepada-Mu.

Ya Allah jika kau halalkan aku merindui kekasih-Mu,
Jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku
Pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.
(Amin...)

“Ya Allah..andai dialah jodoh buatku, berikanlah hambamu ini petunjuk-Mu. Sesungguhnya Engkau maha mengetahui akan sesuatu yang ada dalam lubuk hati kami. Andai ini hikmah yang ingin diberikan kepadaku. Aku redha Ya Allah dengan ketentuanMu. Ikhlaskanlah hatiku. Jadikan hambamu ini seorang hamba yang redha atas segala yang tertulis pada ketentuanMu.
Hari ini aku pulang ke rumah Ummi, kelihatan terdapat 2 buah kereta sedang parkir d halaman rumah. Banyaknya kereta yang parking depan rumah ni. Siapa yang datang? Getus hatiku.
Aku parking kereta ku di luar pagar. Setelah mengambil beg pakaian ku di bonet kereta. Aku menuju ke perkarangan rumah. Sesampai sahaja di depan pintu utama rumah,
“Assalamu’alaikum”
Kelihatan semua mata memandang tepat ke arahku. Aku terpinga-pinga..Lebih mengejutkan aku melihat sebentuk cincin, ada dulang yang di hias indah, cukup package dengan sepasang pakaian, Telekung, kasut wanita, buah-buahan dengan gubahan yang amat menarik.
Siapa pula yang nak di pinang ni??? Getus hatiku…
Perlahan-lahan aku mengatur langkah masuk, dada mula berirama kencang.
“Wa’alaikumsalam, Hah..Mardhiah dah sampai dah”
Aku menghampiri tetamu lalu bersalaman dengan mereka. Menguntum senyuman dengan senyuman yang semanis mungkin. Lemak berkirim, di sukai ramai macam dalam iklan TV. walaupun kaki ku sudah tidak mampu untuk meneruskan langkah.
Namun Kata hatiku kuat menyatakan tetamu-tetamu ini datang membawa hajat yang besar. Tiba di hadapan Puan  Wardah, tanganku di genggam erat . Kelihatan wanita yang sedikit berusia itu menatapku dengan perasaan yang sukar untuk di gambarkan.
Manisnya Ainul Mardhiah memperkenakan busana Muslimah dengan tudung. Tampak cantik, puji puan Wardah. Sopan, sejuk mata makcik memandang. Aku hanya senyuman sambil tersipu malu.
“Mardhiah sihat?” panggilan Mardhiah seperti janggal di telingaku. Teman-teman aku, ummi dan walid biasa memanggilku dengan panggilan “Ainul”..
“Alhamdulillah, sihat makcik. Makcik apa khabar?”
“Alhamdulillah, makcik pun sihat juga nak.. Anak cuti ka ni?” Slanga bahasa Sabah masih tetap kami gunakan.
“Iya makcik, cuti sekolah hujung minggu.. Biasa hujung minggu pulang ke rumah Ummi..”
Puan Wardah tersenyum. Tutur kata bakal menantunya ini sungguh memikat hati. Tidak lekang dari bibirnya menguntum senyuman.
Aku meminta diri untuk ke dapur, tidak manis kiranya tetamu datang bertandang tetapi tidak di hidangkan sesuatu untuk membasahkan tekak.
Ummi menyusul setelah beberapa minit aku berlalu. Ummi meminta pendapatku sama ada menerima lamaran dari keluarga puan Wardah atau tidak.
Aku sekadar berdiam diri, pelbagai persoalan yang bermain di fikiran. Wajarkah aku mengetepikan perasaan Ustaz Zulkifli dan menerima jodoh ini. Sungguh, aku dalam kekeliruan ketika ini..Aku tidak tahu apa yang perlu aku lakukan. Situasi ini benar-benar membuatkan aku tersepit.
“Ainul…” Ummi tanya ni???
Hah? Hmm, Ainul tidak tahu Ummi…Ainul Keliru….
Kalau Ainul masih tidak yakin, Ummi tidak akan memaksa. Ainul fikirlah dulu…Terdengar nada kecewa lahir dari pengucapan ummi sebentar tadi..
Aku memandang mata ummi. Aku lantas meraih tangan Ummi, ku kucup tangan seorang wanita yang sanggup bergalang nyawa melahirkan aku ke dunia ini. Terlalu besar pengorbanan seorang ibu padaku. Aku seolah-olah diberikan kekuatan. Ya..Inilah keputusanku. Aku yakin, dengan restu dari ibu bapa, InsyaAllah pilihan ini adalah pilihan yang terbaik buatku. Maafkan Ainul Ustaz, mungkin di antara kita tiada jodoh.. Aku akan menerangkan padanya sekembalinya aku ke taska nanti.Aku Lantas memeluknya Ummi.
“Ummi, Ainul setuju ummi..Ainul pasrah dengan KetentuanNya. Restu Ummi dan Walid itu lebih utama. Doakan Ainul bahagia ya Ummi..Airmata tidak dapat ku bendung lagi..”
Cincin bertahtakan berlian di sarung kemas ke jari manisku. Dengan linangan air mata, aku terima dengan hati yang redha.  Saat ini aku telah menjadi tunang seorang lelaki yang tidak aku kenali. Hanya mengenali nama “Azhar”.. Biarlah kami mengenali dengan lebih dekat selepas walimah nanti. Kerana selepas walimah, hubungan itu halal di sisiNya..InsyaAllah aku menerima dia dengan seadanya. Aku berharap, dia juga menerima diriku seadanya..
Puan Wardah menghadiahkan satu kucupan di dahiku. Bakal ibu mertuaku nanti,
Ummi dan Puan wardah masih lagi bersembang-sembang, Puan wardah menyatakan suaminya tidak dapat hadir untuk meraihkan majlis pertunangan ini kerana ada urusan penting yang perlu di selesaikan.
Aku tertanya-tanya, wajah puan Wardah seakan ku kenali. Namun aku tidak ingat, di mana kami pernah bertemu. Hmmm, mungkin juga aku silap..Lupakan jak la…Getus hatiku.
Ya Allah aku berserah kepadaMu kerana Jodoh itu MilikMu..
Semenjak peristiwa yang berlaku tempoh hari, apabila surat yang Ustaz Zulkifli berikan padaku tidak berbalas, Ustaz zulkifli kelihatan jarang melawati Taska lagi. Marahkah dia padaku?  Aku cuba bertanya kepada rakan-rakan sejawat, mungkin mereka mempunyai informasi. Namun jawapan yang diberikan adalah hampa. Niat ku hanya untuk memohon kemaafan. Dan menjelaskan kepada Ustaz Zulkifli bahawa aku sudah di khitbah oleh orang lain. Berterus terang itu lebih baik, aku tidak ingin Ustaz mengharap pada sesuatu yang tidak pasti dariku.
Hari perkahwinan aku semakin menjelang tiba. Persiapan dari kedua belah pihak juga sedang bertungkus-lumus untuk meraihkan majlis walimahku dengan jayanya. Ummilah insan yang paling sibuk ketika ini. Ummi kata, dia ingin melihat perkahwinan ku di raihkan dengan penuh meriah. Pernah aku membicarakan dengan ummi soal walimah ku ini, biarlah di buat secara ala qadar. Kerana, aku tidak ingin berlaku pembaziran. Apa yang ku inginkan cuma keberkatan. Tapi Ummi tetap dengan pendiriannya.
*************************************************************************************
Suasana Walimah, 03 October…

Ketibaan pengantin lelaki di sambut dengan paluan kompang. ..
“Assalamu’alaikum” rombongan pengantin lelaki memberi salam
Serentak orang-orang yang berada di dalam rumah menjawab salam yang dihulurkan.
Pengantin lelaki di iringi dengan sanak saudara..Pengantin lelaki di minta duduk di tempat khas berhadapan dengan tok kadi.
“ALLAH….Permudahkanlah urusanku... Azhar bermonolog sendiri..
“Makcik-makcik serta sanak-saudara ku yang lain berseloroh kepada kami..”
Kerana kelihatannya kami masing-masing berasa gugup, apatah lagi di khabarkan tangan pengantin lelaki menggigil tidak henti.
“Aku pula sebagai pengantin perempuan yang duduk di tepi di hijab pandangan ku dengan kain sutera. Kata Ummi, adat Melayu.. Sebelum selesai akad nikah, Wajahku perlu di hijab daripada pandangan pengantin lelaki..”
Ijab berlangsung…
“Wahai Azhar Zulkifli bin Hassan, aku wali bagi Ainul Mardhiah Binti Yusof atau berwakilkan wali oleh Yusof bin Samad, Aku nikahkan engkau dengan Ainul Mardhiah binti Yusof dengan mas kahwin sebanyak RM 100.00 tunai.”
Lafaz Qabul….
“Aku terima nikah Ainul Mardhiah binti Yusof dengan mas kahwin sebanyak RM100.00 Tunai..
Maka ketika saat itulah Ainul Mardhiah mula menjadi isteri kepada Azhar Zulkifli. Majlis sarung cincin dan pembatalan air sembahyang di jalankan.  Azhar Zulkifli menghampiri aku, ketika hijab di buka. Sekujur tubuh yang ada di hadapanku adalah “Azhar Zulkifli”.. Ustaz Azhar Zulkifli???
Benarkah apa yang ku lihat di hadapanku ini?? Aku hilang kata-kata, hanya ucapan syukur yang tidak terhingga ke hadrat Allah SWT kerana  mempertemukan kami dalam majlis yang penuh barakah ini. Semoga ikatan ini mendapat keredaan dariNya hatta fii jannah.
Ustaz Zulkifli juga kelihatan tersentak, namun bijak mengawal perasaan dan keadaan ketika itu. Dia menyarungkan cincin ke jari manisku dan aku lantas mengucup tangan insan yang bergelar suami di hadapanku. Satu hadiah kucupan hinggap di dahi. Sungguh, perasaan sebak berbaur bahagia dapat ku rasai ketika ini.
Andai jodoh, takkan ke mana. Insan yang selama ini berada di persekitaranku sebenarnya adalah jodohku. Namun aku bersyukur atas rahmat yang di limpahkan ke atas kami. Semoga Ikatan perkahwinan ini di lanjutkan oleh-Nya hatta fii Jannah.
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui”.
( Surah Baqarah : 216)

Jumaat, 22 Julai 2011

Nilai Persahabatan

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum w.b.t

Entri kali ini berkaitan dengan sahabat. Sesuai dengan hidup kita seharian, sudah pasti semua dari kita ini mempunyai sahabat bukan? Sifat manusia yang ingin menyayangi serta di sayangi, ingin mengasihi dan di kasihi itu adalah fitrah kejadian. Naluri ini merupakan kurniaan dariNya. Namun perlu kita ingat, sesuatu yang sifatnya fitrah itu boleh bertukar menjadi Fitnah andai tiada pengawasan dan penjagaan yang sempurna berdasarkan apa yang telah dilandaskan oleh syarak.

Bila sebut sahaja fitrah dan fitnah, sebutan perkataannya lebih kurang kan? tapi hakikatnya maknanya jauh berbeza. Apabila fitnah berlaku, maka perbuatan ini sudah tidak lagi menjadi satu ibadah lantaran Allah tidak lagi di jadikan matlamat utama dalam kita menjalinkan ukhuwah. Ok, kembali kepada perkataan "Fitrah" itu tadi, maksud fitrah yang ingin saya nyatakan di sini adalah adalah fitrah "Persahabatan". Sahabat/rakan/kenalan/taulan adalah terma gantian yang ditujukan untuk seseorang individu yang begitu rapat dengan kita. Senang cerita, "Nilai Persahabatan" ini kita simpulkan sebagai satu konteks apabila susah, senang, suka mahupun duka, di rasai dan di kongsi bersama. Bak kata orang "Teman penghibur di kala duka, teman penyuntik semangat di kala derita, serta pelbagai lagi situasi yang menggambarkan kepentingan seseorang sahabat dalam kehidupan kita.



Bagaimana pula konsep fitrah "persahabatan" ini boleh bertukar menjadi "Fitnah"


Dalam hadis yang di riwayatkan oleh Imam Abdullah Bin Ahmad, al-Bazzar dan at-Thabrani,

Dari Ali bin Abi Thalib r.a, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Sesiapa senang untuk dipanjangkan umurnya dan diluaskan rezekinya serta di hindarkan dari kematian yang buruk maka hendaklah ia bertaqwa kepada Allah dan menyambung silaturrahim"

Silaturrahim itu sangat di tuntut dalam agama, namun kita perlu bijak mengimbangi fitrah persahabatan agar tidak bertukar kepada fitnah.  Fitnah boleh berlaku dalam persahabatan apabila :

~ Seseorang itu terlalu mengagung-agungkan sahabat yang di sukainya sehingga jika ada kelemahan yang ada pada saudaranya@ sahabat yang di kasihinya. Dia enggan menegur dan tetap menyatakan ianya tidak salah,

~ Apabila pemergiannya diratapi seolah-olah tidak dapat menerima takdir yang telah tertulis dalam Loh Mahfuz yang telah memisahkan mereka berdua,

~ Apabila dirinya sanggup berjanji untuk sehidup semati walaupun terpaksa mengorbankan tanggungjawab yang menjadi kepentingan sedangkan tiada siapa yang tahu bila dirinya akan di jemput illahi.

~ Apabila diri sanggup mempergunakan sahabat untuk kepentingan peribadi, seolah-olah sebagai alat permainan yang rendah harga dirinya. Serta bermacam-macam lagi. Nilai persahabatan tidak terletak semata-mata kepada kedudukan material, darjat. Ataupun kata-kata. Tetapi ianya lebih besar dari itu.

~ Apabila diri sanggup membenarkan segala yang di ungkap oleh sahabat kesayangannya sungguhpun apa yang telah dikatakan itu tidak benar dan dusta semata kerana ingin menjaga hati dan perasaan. Kononlah..hehe..

Hakikatnya keikhlasan itu datangnya dari hati yang Ikhlas, Tepuk dada tanya iman. Berusaha ke arah pelaksanaan positif yakni sejauh mana kita menjadikan ikatan ukhuwah itu sebagai suatu ikatan yang di redhai OlehNya. Bukan penilaian di mata kasar manusia (Masyarakat) sahaja. Tetapi kita harus fikir bagaimana pandangan Allah pada diri kita. Biasakanlah diri dengan kewajipan amar ma'ruf dan Nahi Mungkar.

Konsep "Hablum Min Allah wa Hablum Min An-nas" seringkali kita dengar dan mungkin kita boleh aplikasikan dalam sebuah persahabatan. Tindak Tanduk kita merupakan cerminan kepada pekerti kita sekaligus mempamerkan kasih sayang kita kepada Allah. Bersyukurlah kerana di kurniakan sahabat dan hargailah ia seadanya. Bukan bersifat bermuka-muka.

Mudah untuk melafazkan kata-kata keramat kepada seorang teman atau sahabat seperti "I love u", "rindu kamu" tapi adakah kita benar-benar menghadirkan rasa kasihNya dalam setiap amal perbuatan kita. Andai itu benar, Syukur Alhamdulillah. Bukan di dasari sifat kepura-puraan.

Bersederhanalah dalam persahabatan. Cukuplah Hati kita dan DIA yang tahu betapa kasih dan cintanya kita kepada sahabat. Jangan terlalu "Extreme" atau memuja sehinggakan perasaan mengagung-agungkan seseorang itu berlebihan. Tapi perlu di ingat, ikatan yang terlalu longgar sehingga menimbulkan istilah "Conditional Friendship" pun boleh menimbulkan masalah. Di takuti boleh memutuskan hubungan. Oleh itu, cara yang paling ampuh adalah bersifat sederhanalah dan mencari keredhaannya.

Ukhuwah Fillah dalam islam bukan seperti yang di gambarkan dalam cerita Jack dalam filem Titanic. "You jump, I jump" atau filem Romeo & Juliet yang sanggup bunuh diri sendiri dengan meminum racun semata-mata terlalu cinta akan orang disayanginya. Itu bukan sahabat namanya melainkan kerja yang sia-sia...

Tapi apa yang boleh kita lakukan adalah menjadikan tauladan kisah persaudaraan kaum muhajirin dan ansar yang bersatu demi menegakkan syiar. Nah! Konsep ini yang perlu kita terapkan dalam kehidupan kita.. Apa yang kita harapkan  rahmat Allah. Saling menyanyangi dan mendoakan kesejahteraan antara satu sama lain kerana rahmat Allah. Membantu menasihati antara satu sama lain kerana Allah. Bertemu dan berpisah kerana rahmat Allah. Alhamdulillah.

Biar jarak dan waktu memisah, Namun istilah noktah kasih itu tidak wujud. "Bila dua insan mencintai Illahi, bergabunglah jiwa bersatu hati, dua jiwa satu cinta, dua jasad satu matlamat, bila cinta kerana ALLAH, berpisahnya tidak gelisah. Bila rindunya kerana yang SATU, bertemunya pasti tidak jemu, ukhuwwah mahabbah itu indah bila bertemu dan berpisah hanya kerana ALLAH. Redha atas segala ketentuan saat gembira mahupun duka. Kongsilah bersama. Seseorang yang bersahabat semata-mata kerana ingin mendapat keredhaan ALLAH akan merasa ketenangan dan kemanisan dalam dirinya ketika beribadah dan segala rutin hariannya. Bersesuaian dengan sabda baginda Rasulullah S.A.W. Mafhumnya :

"Tiga perkara sesiapa yang terdapat tiga perkara itu dalam dirinya beliau akan mendapat kemanisan iman : Bahawa Allah dan rasulNya lebih ia kasihi daripada yang lain, bahawa beliau tidak mengasihi seseorang kecuali ALLAH, bahawa beliau benci kembali kepada kekufuran sebagaimana beliau benci dilontarkan ke dalam neraka"

"Mukmin terhadap Mukmin yang lain ibarat batu-bata binaan yang saling memperkukuhkan antara satu sama lain" (Hadis Riwayat Bukhari).

Dedikasi buat sahabatku "Ana Uhibbuki Fillah"

Rabu, 20 Julai 2011

Catatan Hawa



Adamku,

Dirimu sebenarnya imam manakala aku sebagai makmum.

Pabila dirimu di angkat sebagai ketua, aku pengikutmu.

Jika apa yang kau katakan itu benar, maka benarlah bagiku.

Jika kau lalai,maka aku jua akan turut terlalai.


Wahai Adam,

Dirimu punya kelebihan akal.

Sedangkan aku kelebihan nafsu..

Dirimu memiliki sembilan akal dan satu nafsu,

Sementara aku mempunyai satu akal dan sembilan nafsu,

Oleh itu, pimpinlah tanganku Adam..

Kerana aku sering lalai dan lupa,

Sering tergelincir di tolak hawa nafsu..


Adamku,

Aku suka andai kau mengimami solat ku setiap waktu.

Akan ku Aminkan doa mu, semoga pintu syurga terbuka luas buat kita,

Bangunkanlah aku untuk bertahajjud bersama mu sepertiga malam,

Agar doa kita diberkati Ya Rabbi,

Dekatkanlah aku dengan Majlis-majlis ilmu agama,

Bimbinglah aku dengan amar ma'ruf dan nahi mungkar.


Adamku,

Diri ini ingin menjadi isteri yang solehah,

Maka didiklah aku supaya menjadi permata yang berharga,

Selimutkanlah aku dengan iman dan taqwa bekalan ke jalanNya.

Ingatkanlah aku agar sentiasa hormat dan taat kepada Allah, RasulNya, ibu bapa dan Dirimu,

Tolonglah aku Adam,

Agar aku tidak beku,

Selamatkanlah aku daripada seksa api neraka,

Sungguh aku tidak tegar menanggungnya.


Wahai Adam..

Pimpinlah aku bersama dalam menuju JannahNya,

Tarbiahlah aku agar menjadi serikandi solehah.

Bantulah aku menyemai sifat mahmudah,

Semoga kelak aku mampu menjadi secerdik Aisyah Humairah Rasulullah,

Kasihku mekar atas cinta yang bertasbih di atas jalan yang di redhaiNya..

Setulus jiwa Siti Khadijah yang sering mendampingi Rasulullah tatkala suka mahupun duka,

Memiliki sifat Zuhud dan patuh seperti serikandi Rabiatul Adawiyah,

Seteguh jihad dan iman mujahidah Sumayyah mempertahankan keislamannya,

Seikhlas dan berjiwa murni laksana Halimatus sa'adiah..

Aku ingin Segagah Nailah al-farafishah,

Senantiasa di sisi suaminya khalifah Uthman,

Melindungi suami meskipun jari dan tangan bermandi darah....


P/S
Seindah hiasan adalah Wanita soleheh..berbahagialah bagi mereka yang mengecapi cintanya berlandaskan syariat islam. Moga aku juga bakal menjadi hiasan terindah dalam hidupnya kelak.. ^_^